Episod : KERENGGA Kerengga atau nama saintifiknya Oecophylla smaragdina ( Fabricius,1775) berasal dari subkeluarga Formicidae. Kerengga mudah ditemui di pokok buah-buahan. Oleh sebab itu, manusia berperangai seperti kerengga kata-kata yang keluar dari mulutnya ' manis'. Kerengga bersaiz besar daripada semut biasa dan berwarna merah tetapi manusia yang bersifat seperti kerengga bernafsu besar untuk berkuasa. Kerengga mempunyai 6 kaki bersamaan 3 pasang tetapi manusia hanya ada sepasang kaki namun langkahnya lebih pantas terutamanya berhadapan kes saman cepat cabut lari. Kerengga suka makan larva manakala manusia kerengga suka makan rasuah.Kata manusia kerengga : seseorang itu belum dikatakan bersalah selagi belum dibuktikan bersalah di mahkamah. Contohnya , rasuah ialah sedekah! Kerja kerengga adalah menghapuskan serangga yang hendak merosakkan tanaman tetapi manusia kerengga merosakkan manusia yang lain. Di negara kita terdapat sebuah kampung bernama Kampung Pulau Kerengga y...
Episod : Kampung Janda Baik Pelan untuk mengadakan ' Family Day ' ke Kampung Janda Baik telah dirancang sebelum aku dan anak menantu terbang ke Langkawi pada 8 -10 Mei 2023. Tarikh 20 -21 Mei dipilih selepas perbincangan di dalam grup 'whatsapp' keluarga. Beberapa rancangan disusun untuk memeriahkan acara pada hari tersebut nanti. Aku yang baru keluar dari hospital setelah 5 hari bermalam di wad agak kurang cergas. Aku tidak memandu ke destinasi hari itu sebaliknya menumpang kereta anakku. Kami memulakan perjalanan pada pukul 10.00 pagi dan singgah di ST Rosham Shah Alam untuk membeli beberapa barang masakan untuk dibawa ke sana. Sepanjang perjalanan aku tertidur dan tahu-tahu dah sampai di destinasi 'Man Ana Chalet' , Kampung Janda Baik. Kami telah menempah seluruh kawasan chalet itu untuk menikmati suasana 'privacy' . Aku telah sampai lebih awal sekitar jam 1.00 petang dan masa untuk 'check -in' pada pukul 2.30 petang. Sementara menunggu ahl...
EPISOD : SUARA Kisah ini dikongsi oleh seseorang kepadaku semasa dia mengerjakan umrah di tanah suci Mekah. Sebenarnya, bermacam-macam cerita yang pernah aku baca di dalam sebuah majalah popular sekitar tahun 1990-an dulu, iaitu MASTIKA. Banyak cerita aneh ditulis oleh penulis-penulis sama ada pengalaman penulis sendiri atau pun diceritakan orang. Dia memulakan penceritaannya tentang kegembiraannya dapat menjejakkan kaki di bumi barakah, Mekah Al-Mukaramah. Keseronokan ketika berada di hadapan Kaabah. Sesiapapun ingin menjejakkan kakinya ke sana namun semua ini adalah urusan Allah. Bagi yang berwang belum tentu akan dijemput Allah ke sana dan bagi yang tidak berwang barang kali akan dijemput ke sana melalui pelbagai cara. Kegusaran mulai melanda apabila dia memasuki hotel penginapan. Suasana di dalam hotel itu amat sunyi walaupun semua bilik di hotel itu penuh dengan Jemaah umrah. Dia mulai berasa hairan kerana tiada kedengaran suara orang yang bercakap atau keluar masuk bilik se...
Comments
Post a Comment