Suatu Perjalanan (adalah rahsia-Nya).....


Ribuan barang kali telah jutaan langkah
suatu perjalanan ini yang penuh lelah
kesabaran menempuh satu demi satu ujian
sewaktu diberikan kesempatan
entah kali ke berapa ?
untuk merenung ke dalam diri bahawa ada
satu titik kasih sayang segunung rahmat
Kau titipkan di dalam hati yang keras ini
betapa lambang keagungan-Mu
tiada batas yang mampu memisahkan antara
hamba dan Tuhannya
melainkan takdir-Mu telah tiba lalu
mengetuk pintu keinsafan dan mengajak
AKU pulang...

Comments

Popular posts from this blog