- Get link
- X
- Other Apps
Episod : Ipoh
Badan berasa sangat letih selepas beberapa hari penuh aktiviti. Selesai solat Subuh , aku berbaring-baring sementara menunggu siang. Kira-kira jam 11.00 pagi, kami bersiap-siap untuk 'check out' hotel. Destinasi kami seterusnya mencari sarapan di Geeai Ipoh-Ipoh Aje bersebelahan stesen bas. Sesampai di sana, kedai pula tutup.
Selepas makan, kami bersiar-siar di sekitar bandar merakam memori sebagai kenang-kenangan. Kami bergambar di 'Art Street' tetapi kawasan itu kurang terjaga kebersihan dan lukisan-lukisan juga telah luntur warnanya. Kami ke Jalan Bijeh Timah kerana di situ terdapat jualan barang-barang cenderamata, minuman, pakaian dan kraf tangan. Harga boleh tahan mahal.
Jam menunjukkan pukul 2.00 petang. Kami meneruskan perjalanan pulang ke Klang. Jalan raya tidak terlalu sesak. Perjalanan lancar dan kami selamat sampai di rumah pada pukul 6.00
- Get link
- X
- Other Apps





Comments
Post a Comment