Episod : Hat Yai (5)

Hari ini hari terakhir kami bercuti di Hat Yai sejak Jumaat yang lepas. Kami 'check out' hotel pada pukul 11.00 pagi waktu tempatan lebih kurang 10.00 pagi waktu di Malaysia. Selesai menyerahkan kunci tiga buah bilik, kami bergambar kenang-kenangan di hadapan Hotel Hop Inn. Kemudian, kami menuju ke kedai 7E yang terbesar di situ. Aku membeli alat pengecas telefon bimbit kerana alat tersebut di dalam kereta telah rosak dan juga wayar pengecas. Kami bersarapan di 7E dengan burger dan roti yang HALAL.
Setelah itu, kami terus menuju ke pintu sempadan di Danok. Perjalanan kira-kira 2 jam kerana banyak kenderaan bergerak keluar dari Hat Yai. Setiba di pekan Danok, kami singgah membeli makanan ringan untuk menghabiskan baki mata wang bath. Aku menyimpan sekeping wang 100b sebagai kenang-kenangan. Bas-bas persiaran berpusu-pusu bergerak keluar di pintu sempadan Malaysia -Thai.
Urusan pasport dan surat pelepasan kenderaan selesai diperiksa oleh pegawai imigresen. Kemudian , kereta yang dipandu anakku, Mukriz melepasi pintu sempadan Malaysia. Seorang pegawai imigresen memeriksa but kereta dan membenarkan kami meneruskan perjalanan. Kami singgah di stesen minyak Petronas untuk mengisi tangki kereta dan mengeluarkan sedikit wang tunai di tangan.
Perjalanan menuju ke destinasi seterusnya ,Ipoh dilencongkan melalui jalan kampung kerana jalan utama mengalami kesesakan luar biasa. Aku mendapat panggilan daripada adikku yang mengajak aku singgah di Hotel Hard Rock , Pulau Pinang. Dua orang adikku dengan famili masing-masing sedang bercuti di Pulau Pinang. Mereka ingin menjamu kami 'dinner' di hotel tetapi kami ingin sampai segera di Ipoh. Barang kali, pada masa akan datang kami akan pergi bercuti bersama-sama. Rancangan bercuti belum dibincangkan lagi.
Kenderaan terlalu banyak di atas jalan raya menghala ke Kuala Lumpur. Sesekali, Mukriz memecut laju. Cadangan untuk berhenti seketika di R&R Sungai Bakap terpaksa dibatalkan kerana orang terlalu ramai. Kami berhenti di R&R Bukit Gantang beberapa ketika kemudian meneruskan perjalanan . Jangkaan kami untuk sampai awal tidak kesampaian . Kami tiba di hotel di Ipoh sekitar jam 10.00 malam. Kami juga singgah makan malam di sebuah restoran Kelantan sebelum 'check in' di hotel pada pukul 11.30 malam.
Masing-masing sudah keletihan. Esok ada rancangan untuk menikmati sarapan di Gerai Ipoh-ipoh Aje dan Restoran Nasi Ganja sebelum bergerak pulang ke Klang. Usai mandi dan solat, badan tersangat letih dan mata juga semakin berat.
e

Comments

Popular posts from this blog