Dari Padang Merbuk Singgah ke Dayabumi

1986..
Di sini kami berhimpun
Sambil menyandang bait-bait puisi
Di dalam kantung perasaan
Lantaran terkesima pada laungan
Ribuan penyair dengan pelbagai gaya
Deklamasi sajak tanpa henti 24 jam
Suara gagap Pyanhabib menghiburkan
Gema mersik Zurinah Hasan terkedu
Pukulan gendang Aripin Said terpesona
Kehebatan Lim Swee Tin berbahasa asli
Kini, segalanya sudah terpadam
Di celah keceluparan
Kerana bangsanya yang lupa
Pada adat dan budaya
Terkubur selamanya !
(Dedikasi kepada semua penggiat sastera bangsa yang merdeka )

Comments

Popular posts from this blog