Episod: Warkah Terakhir Untuk 'R'

 

Penantian suatu penyeksaan. Tiada titik nokhtah. Berpuluh-puluh pucuk warkah yang kukirimkan tidak pernah kau balas sehingga menjadi tanda tanya di dalam rasa naluriku. "Apakah kesilapanku?," pertanyaan itulah yang sering bermain-main di benak fikirku. Akulah menjadi penunggu yang setia. Tanpa rasa jemu aku masih menantikan warkah darimu.

 

Warkah terakhirku untukmu ,'R' kutulis dengan hati yang amat pilu. Dalam keheningan malam yang memeluk sepi kugagahi juga menitipkan kata-kata rayuan dan pertanyaan.

..Ke hadapan 'R' yang kuingati,

Lewat warkah-warkah bisu yang telah kukirimkan kepadamu namun tiada khabar berita kuterima darimu. 'R' aku sudah terlalu bersungguh dalam membina hubungan ini. Kesetiaan kita diuji saat kita berjauhan. Mungkinkah, kau kini sudah mempunyai seorang teman baru? Maafkan aku,'R'.

 

'R' ,

Andainya kau telah menemukan suatu titik nokhtah antara kita jujurlah kepadaku,'R' . Penantianku selama ini jangan disia-siakan,'R' . Bukan mudah bagiku untuk melupakan memori yang kita cipta suatu waktu dahulu. Ingatkah lagi,'R' lagu yang kita nyanyikan bersama ....

Ketika itu suatu waktu dahulu

Ku ke sini denganmu

Kita dirikan sebuah tugu harapan

Dengan keyakinan..

Ya,'R' , lagu itu sering kita nyanyikan sewaktu aku menemanimu. Harapan itu semakin pudar dan usang,'R' . Kau hanya membisu seribu bahasa. Tiada satu warkahku yang dibalas. Aku di sini terus menantimu setiap detik.

Kejamnya hatimu,'R' . Aku tidak harus menuduhmu yang bukan-bukan tetapi 'R' sikapmu yang mengajar aku menjadi semakin kurang ajar. Maafkan aku, 'R'.

Biarlah semua memori antara kita menjadi suatu catatan pada sepucuk warkah ini.

 

'R',

Kudoakan semoga kau menemui kebahagiaan sejati yang kau cari. Aku di sini hanya mampu mengenang dirimu yang pernah hadir di dalam hatiku suatu waktu dulu. Maafkan aku, 'R' . Andainya kita bertemu kembali kuharap janganlah saat itu kau sudah mempunyai teman kerana tidak manis untuk kita berjumpa saat kau sudah berdua.

 

Untukmu 'R' , warkah kali yang terakhir ini kutitipkan kata-kata rayu kepadamu dan akan kubiarkan masa menjadi saksi hubungan kita. Semoga bertemu kembali 'R' dan kudoakan kau berbahagia, 'R' . Wasalam.

 

Itulah warkah terakhirku untuk 'R' . Kukirimkan warkah itu ke alamat yang 'R' berikan sebelum kita berpisah dan berjanji untuk bertemu kembali. Usai perpisahan itu, kau terus menghilangkan diri. Aku pernah mengandaikan bahawa kau membenci diriku tetapi 'R' sebenarnya kau tertipu dengan pandangan matamu.

 

Semoga warkah terakhir ini menjadi bukti kejujuranku kepadamu andainya kejujuranku ini yang pernah kaupersoalkan lewat perpisahan yang lalu. Aku telah menerangkan segala-galanya di dalam setiap warkahku. 'R' dan akan kubuktikan kepadamu apa erti kesetiaan dan kejujuranku andainya kita bertemu kembali.

Selamat tinggal, 'R' .!

 

Comments

Popular posts from this blog