EPISOD
111 : PASIR MAS KE KOTA BHARU
Semalaman menumpang tidur di rumah anak buah di Pasir
Mas, seawall jam 8.00 pagi kami mula bergerak ke Kota Bharu. Kami singgah di
Pasar Tasik Raja, Pasir Mas untuk membeli beberapa buah tangan untuk dibawa
pulang . Kami juga menikmati laksam di kedai tingkat atas. Setelah itu, kami
singgah di rumah sepupuku di Pasir Mas. Sepupuku #Suriya Che Mat ( Kak Aya ) yang
handal memasak untuk kami mi lakna dan kue tiaw lakna.
Sekitar jam 1.30 petang , kami mula bergerak ke arah Kota
Bharu. Alang-alang melalui Tumpat kami terus menuju ke Pengkalan Kubor, Zon
Bebas Cukai. Kenderaan banyak tetapi pengunjung tidak terlalu ramai dan banyak
kedai masih ditutup. Namun begitu , pematuhan SOP yang ketat bagi mengelakkan
jangkitan Covid-19.
Mata melilau melihat pelbagai jenis barangan jualan .
Harga barang agak mahal jika dibandingakan dengan harga barangan di Rantau
Panjang bagi item yang sama . Pada hari pertama , aku sempat meninjau kedai di
Rantau Panjang , itupun sudah agal lewat hampir 6 petang . Jadi , aku hanya
berbelanja membeli 3 helai seluar ‘track-suit’ untuk kegunaan berjoging nanti.
Perut berasa memulas dan aku segera bertanya arah
tandas kepada seorang peniaga . Aku membayar 40 sen kepada seorang lelaki
separuh umur yang duduk di kerusi plastic sambil asyik menyedut asap rokok. “Cis,
“ getus hatiku. Belum sempat apa-apa . kepala paip yang dipulas tidak
mengeluarkan setitik air pun . Begitu juga , kepala paip singki dan baldi
kosong tiada air. Aku segera keluar dari tandas dan lelaki yang sejak tadi
mengutip wang hanya selamba dengan wajah tidak bersalah. Susah sangatkah hendak
memberitahu air taka da atau 40 sen itu upah duduk atas kerusi. Tanganku rasa
ringan hendak lepuk muka lelaki itu tetapi memandangkan tempat itu bukan tempat
kau . Kalau di Klang , jangan cari pasal . Potong ‘line’ semasa beratur pun dah
kena jerit dengan aku. Lebih-lebih lagi Bangla dan Nepal . Kalau masuk ATM yang
nak keluar wang seorang yang ikut masuk berhimpit-himpit 7 – 8 orang . Memang
makan aku, kena jerit dan aku halau yang tak berkenaan keluar Cuma yang tinggal
seorang tuan punya kad bank. Setelah
keluar melalui pintu pagar imigresen Pengkalan Kubor, aku memandu kereta menuju
ke Kota Bharu untuk ‘check-in’ di sebuah hotel di tengah bandar.
Sempatlah mandi dan berbaring sebentar untuk
merehatkan badan. Hujan renyai-renyai sejak hari pertama bermakna sudah 2 hari
kami tidak meilhat matahari. Berita di televisyen memaklumkan bahawa Kelantan
dan Terengganu diletakkan dalam amaran kuning dan hujan dijangka berterusan
hingga hujung bulan November.
Sejam berehat di bilik hotel, kami merancang ke Pantai
Cahaya Bulan (PCB) dalam suasana hujan turun renyai-renyai. Sesampai di PCB ,
deretan kereta memenuhi kiri dan kanan bahu jalan manakala kedai-kedai makan
penuh dengan pelanggan. Kami tidak jadi turun dari kereta dan terus ke Kota
Bharu Kami bercadang hendak ke ‘Uptown Wakaf Che Yeh’. Malangnya , kereta
bersusun-susun dan bergerak seperti semut. Niat kami hendak ke ‘UptownWakaf Che
Yeh’ terpaksa dibatalkan dan misi seterusnya mencari kedai makan untuk mengisi
perut. Teringat semasa di Pengkalan Kubor hajat di hati hendak makan ‘colek’
buah-buahan potong dicicah dengan sos tetapi barisan pelanggan yang beratur
terlalu panjang. Lebih-lebih lagi ‘colek’ pakcik telah viral di medos. Lain
kali saja kami pulang ke KB dapat merasa ‘colek’.
Usai makan, kami meronda-ronda di bandar Kota Bharu
yang lengang dan sunyi .Hujan sekejap lebat sekejap renyai. Akhirnya, kami
kembali ke hotel untuk berehat dan esoknya kami merancang hendak ke Palekbang,
Tumpat kampungku melawat makcikku seorang lagi yang sudah uzur….
Comments
Post a Comment