Sambungan sebuah
catatan pengalaman … THE REAL BIZNES
Memandangkan
aku sering mendapat jemputan menyampaikan ceramah di sekolah atau madrasah
agama , aku menubuhkan syarikat PROMINENT
STAR TRAINING & CONSULTANCY bagi memudahkan urusan . Sesetengah sekolah
tidak menerima tawaran aku untuk menyampaikan ceramah bahasa Melayu kerana aku
bukan guru sekolah atau lepasan Maktab Perguruan tetapi hanya guru tuisyen ,
jadi timbul kebimbangan kalau-kalau isi ceramah aku itu berbentuk “ ajaran
sesat “ kategori bahasa Melayu . Hal ini disampaikan sendiri oleh guru besar
sebuah sekolah tentang kebimbangannya aku mengajar perkara yang salah . Namun ,
aku memetik satu nama seorang muridku di sekolahnya merupakan murid terbaik
Bahasa Melayu . Wajah guru besar berubah sedikit tetapi aku tetap tidak
dibenarkan masuk ke sekolah menyampaikan ceramah . Bukan sombong tetapi hakikatnya ada guru
Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah ialah bekas anak-anak muridku dan mereka
sentiasa merujuk kepada aku jika timbul kemusykilan tentang soalan BM . Pada
aku , satu sahaja , satu daripada amalan yang akan mengikut kita di alam sana
nanti ialah ilmu yang diajarkan memanfaatkan orang lain . #PELAJARAN KESEPULUH
: Jangan memandang rendah kepada keupayaan orang lain .
Dalam
perjalanan berniaga ada pasang surutnya . Hal ini berlaku disebabkan persaingan
yang tidak sihat . Pusat tuisyen di Taman Eng Ann tumbuh bagai cendawan selepas
hujan . Semasa aku mula-mula membuka pusat tuisyen di kawasan itu hanya
terdapat 4 buah pusat tuisyen yang dikira lagend kerana terkenal di bandar
Klang. Kiranya , kami berempat sudah dianggap otai dalam industri pusat tuisyen
. Ketika itu , PUSAT TUISYEN SISWA sudah mempunyai 3 Cawangan di Taman Eng Ann
, Bukit Tinggi Klang dan Setia Alam. Manakala, Pusat Tuisyen Delta mempunyai lima
cawangan , Pusat Tuisyen Era Tinta ( ET) mempunyai 5 cawangan dan Pusat Tuisyen
A1 mempunyai dua cawangan . Kemunculan pusat-pusat tuisyen tidak berlesen amat
membimbangkan selain pusat tuisyen baharu dibuka . Sebanyak 14 pusat tuisyen
baharu dan kebanyakan pengusahanya terdiri daripada anak-anak muda lepasan universiti.
Pelbagai tawaran tidak masuk akal seperti harga yuran yang lebih rendah tetapi
masa belajar yang lebih panjang , murid-murid yang cemerlang mendapat hadiah
seperti ‘handphone’ dan murid-murid yang rekomen kawan-kawan akan mendapat
saguhati duit.
Berita
yang disampaikan oleh murid baharu yang berhijrah ke pusat tuisyen aku
memberitahu guru yang mengajar menari di atas meja dan ada melepak dengan
murid-murid di dalam kelas. Penggunaan telefon bimbit di dalam kelas berleluasa
tanpa larangan . Hal ini kurang disenangi oleh murid-murid yang hendak datang
belajar lalu mereka terpaksa angkat kaki untuk berhijrah . Aku yang
mendengarnya berasa kurang senang kerana perbuatan tersebut boleh menjejaskan
reputasi pusat tuisyen yang sudah lama bertahan . Namun , aku yakin dan percaya
bahawa kualiti adalah keutamaan . Bilangan muridku sedikit berkurangan kerana
murid-murid yang berhenti mengikut kawan-kawan mereka ke pusat tuisyen baharu. #
#PELAJARAN KESEBELAS ; Bersainglah secara sihat dan jujur.
Hari
demi hari berlalu , hasil daripada perniagaan tuisyen paling banyak mengubah
kehidupan aku. Selama bekerja dengan Mr.K , aku diajar jangan membelanjakan
wang syarikat seperti wang kita sendiri maksudnya kita sendiri menentukan gaji
kita misalnya RM10,000 sebulan . Selebihnya , disimpan di dalam akaun syarikat
sebagai modal pusingan dan simpanan kecemasan . Andainya , ‘ profit margin’
sebanyak RM1.00 maka gaji kita RM0.80 sen . Gaji kita RM0.80 sen perlu disimpan
10% atau lebih untuk simpanan seperti insuran dan aset sama ada aset kekal atau
aset cair. Mr.K membeli beberapa buah rumah yang berharga ratusan ribu ringgit
dan membayar semula pinjaman tidak lebih 2 atau 3 tahun . Aset itu kemudian
dijual apabila harganya meningkat tinggi dan terus membeli aset baharu dan
begitulah seterusnya.
Aku
banyak belajar daripada Mr.K tentang pengurusan kewangan syarikat dan baru-baru
ini MR.K membeli sebidang tanah seluas 4 ekar dibayar secara ‘cash’ untuk
membela sereban ayam !. Semua ini hanya dalam pengetahuan sendiri kerana
peniaga tulen tidak menunjuk-nunjuk kekayaan kepada umum kerana risikonya
sangat tinggi . Kalau sekarang , peniaga
berlumba-lumba menunjuk kekayaan tetapi hakikatnya ‘dia’ sendiri tahu ‘dia’ kaya
ke tak ? Simpanan dibuat di tempat yang boleh ‘membiakkan’ duit . Timbullah
istilah yang kaya bertambah kaya . Bukan kaya kerana mencuri tetapi wang yang
dilaburkan ditempat yang betul . #PELAJARAN KEDUA BELAS : Bejimat sebelum habis
.
Beberapa
kali , kawan-kawan aku mengajak menyertai pelbagai skim pelaburan seperti
pelaburan bela cacing , bela kambing dan macam-macam nama pelaburan yang ‘suoer
duper’. Aku terpaksa menolak dengan baik ajakan kawan-kawan kerana sikap aku
yang lebih realitistik . Maksudnya , aku tidak mudah mempercayai apa yang aku
dengar atau aku lihat sebaliknya aku akan mengkaji dahulu kesahihan maklumat
yang disampaikan . Kereta mewah ? Itu biasa aku lihat apabila kawan-kawan yang
mengajak aku menyertai ‘team’ mereka dan
kereta mewah itulah modal kempen mereka . Aku nak ‘share’ satu cerita tentang
sepasang suami isteri berbangsa Cina yang datang ke pusat tuisyen aku .
Pada
mulanya aku menyangka mereka hendak mendaftarkan anak mereka tuisyen sebaliknya
mereka yang hendak tuisyen perbualan BM. Aku namakan mereka Mr & Mrs. G.
Mereka berdua meminta khidmat kau mengajar mereka cara menyampaikan ucapan
dalam bahasa Melayu . Itu tidak menjadi masalah kerana aku sememangnya
mempunyai pengetahuan dalam bidang komunikasi semaskera menuntut di UPM . Mr.G
memberitahu aku mereka menjual warung mi wantan mereka di Klang yang sudah
beroperasi lebih 20 tahun dan kereta mereka untuk membeli sebuah kereta mewah .
Bermodalkan kereta mewah itulah mereka menjual produk mereka sendiri dan
agen-agen mereka terdiri daripada semua bangsa. Sebagai ‘faunder’ mereka perlu
berucap dalam perjumpaan dengan agen atau ‘new members’.
Aku
dibayar gaji RM300.00 sejam untuk
mengajar mereka seminggu dua kali . Ini namanya pelaburan biznes.
Setelah berpuas hati , mereka mengajak aku menjadi jurucakap syarikat mereka
dan aku tidak memberikan sebarang kata putus walaupun ‘offer’ sangat lumayan .
Aku dijanjikan bayaran RM1000.00 sejam untuk menyampaikan info produk syarikat
. Kalau 7 hari bermakna gaji aku RM7000 seminggu ! . Setelah membaca item dan
kandungan produk , timbul keraguan kerana beberapa sebab . Satu daripadanya
produk tiada logo ‘HALAL ‘ . Secara prinsipnya aku menolak memandangkan produk
ada unsur syubhah dari sudut syarak # PELAJARAN KETIGA BELAS : Duit boleh dicari
tapi prinsip jangan digadaikan .
Comments
Post a Comment