EPISOD : PASRAH
Sejak pertemuan Sofea dan Mia tempoh hari , Sofea
seakan cuba mengelakkan daripada bertembung dengan Mia atau Sham meskipun
mereka tinggal berjiran . Sofea sendiri agak keberatan untuk memenuhi
permintaan Mia walaupun Mia tidak berterus terang secara jujur. Sofea tidak
mahu nanti dikatakan perampas suami orang dan cukuplah apa yang berlaku kepada
ibu Sofea apabila ayah Sofea kahwin baru. Sofea sudah merasai keperitan hidup
ibunya tanpa suami . Bagi Sofea , ibunya sudah pasti akan menolak mentah-mentah
apa yang diharapkan oleh Mia kerana ibu sendiri telah melalui episod hidup yang
menyedihkannya.
Apabila ayah telah meninggal dunia , barulah terbuka
hati ibu Sofea menerima seorang lelaki bernama suami . Ketika ayah Sofea
berkahwin lain , umur Sofea baru 10 tahun dan merupakan anak tunggal dalam
keluarga. Kini , Sofea mempunyai sepasang adik tiri apabila ibu Sofea berkahwin
semula.
Pengalaman hidup yang lalu membuatkan Sofea agak sukar
menerima kehadiran seorang bernama lelaki dalam hidupnya. Sofea sedar umurnya
kini semakin meningkat dan ibunya juga sering mengingatkan Sofea tentang masa depannya
. Ibu Sofea tidak mahu melihat Sofea membujang lebih-lebih lagi Sofea mempunyai
kerjaya yang baik .
Sejak akhir-akhir ini , Sofea lebih banyak termenung
apabila memikirkan kata-kata Mia . Sofea menghela nafas dalam-dalam. Hidup
bersendirian tanpa teman memang terasa sunyi . Sofea mencapai album lama di
atas meja dan membeleknya satu persat. Mata Sofea tertancap kepada sekeping
fotonya bersama Rusdi . Pemuda yang pernah hadir dalam hidupnya namun segalanya
sudah tinggal memori pedih . Sofea terkenang sewaktu Rusdi menjadi kekasihnya.
“ Sampai bila Sofi kita hendak begini ? I ajak U
kahwin U kata tunggu dulu , “ ujar Rusdi yang memanggil Sofea dengan nama manjanya
, Sofi. Sofea memandang Rusdi dan mengalih pandangannya ke tengah tasik .
“ I pun tahu U cintakan I tapi I masih lagi mengejar
cita-cita I yang belum tercapai , “ balas Sofea dengan suara memujuk . Rusdi melemparkan
pandangannya jauh ke Tasik Shah Alam . Suasana nyaman di tepi tasik menggamit
kehadiran penduduk sekitar Shah Alam dan bandar Klang.Beberapa pasangan yang
sedang bercinta menikmati pemandangan indah Tasik Shah Alam yang juga mercu
tanda ibu negeri Selangor.
“Tapi , I mahu U buat keputusan segera , Sofi . I tak
sanggup menanti bagai pungguk rindu akan bulan ,” ujar Rusdi dengan wajah
berkerut .
“Lagipun , ‘mother’ I selalu mendesak I agar
mempercepatkan pertunangan kita. Sudah dua tahun kita bercinta , Sofi , “
sambung Rusdi lagi . Sofea duduk di bangku tepi tasik sambil memeluk tubuhnya. Beberapa
orang pengunjung sedang menaiki bot kecil mengelilingi tasik dan sekumpulan
anak muda sedang berjoging.
“I harap U dapat bersabar , D. Bukan I tidak memahami
hasrat ‘mother’ U tapi berilah I sedikit masa lagi , D , “ ulang Sofea dengan
wajah muram.
“I tak faham dengan sikap U , Sofi . Selama-lamanya I
takkan faham .Baiklah , Sofi . Kalau begitu kata-kata U . I akan tunggu masa
yang U janjikan tapi I pasrah jika hubungan kita tidak kesampaian , “ kata Amir
seperti memberi kata dua kepada Sofea . Itulah pertemuan terakhir Sofea dan
Rusdi.
Selang sebulan , Sofea mendapat tahu daripada seorang
temannya Rusdi telah bertunang dengan seorang gadis pilihan keluarganya. Sejak
itu juga , Rusdi tidak pernah menghubungi Sofea. Walaupun ada sekelumit
kekecewaan yang bertitik di hati Sofea namun Sofea tidak menoleh lagi. Biarlah
segala yang berlaku itu hanya menjadi nostalgia. Hati Sofea seolah-olah sudah
tertutup untuk menerima kehadiran seorang lelaki. Sofea menutup album dan
meletakkannya semula di atas meja . Sofea termenung di sofa . Hati Sofea
dibelenggu konflik.
Sofea keluar rumah untuk menyiram pokok-pokok
bunga yang kelihatan layu kerana cuaca panas
terik sejak beberapa hari lalu. Kedengaran bunyi motosikal Sham memasuki pagar
rumah . Sofea tidak menoleh dan muncung paip getah dihalakan ke pasu bunga di
tepi longkang.
“ Eh, Sofea. Tak kerja ke hari ini , “ sapa Sham
melihat Sofea di hadapan rumah .
“ Tak abang Sham. Sofea cuti hari ini , “ jawab Sofea
tanpa memandang Sham .
“Sofea sihat ke ?,” tanya Sham lagi .
“Sofea sihat , “ jawab Sofea ringkas.
“Baiklah , abang Sham masuk dulu ya, “ kata Sham .
Sofea menoleh dan Sham sudah menutup pintu . “ Mungkin abang Sham tidak tahu
hal Kak Mia dan aku, “ desis hati kecil Sofea. Sangkaan Sofea bahawa Sham tidak
tahu – menahu bahawa Mia inginkan Sofea menjadi isteri kedua Sham . Sham tidak
menunjukkan reaksi yang pelik seketika tadi . Sham seperti biasa peramah dan
saling bertegur sapa dengan Sofea. Sofea tidak mahu umpama perigi mencari
timba.
Sofea menutup paip di tepi pagar lalu masuk ke dalam
rumah . Sofea melabuhkan punggungnya di sofa . Sofea mencapai telefon bimbitnya
dan menekan butang telefon.
“Asalamualaikum , Ita !”
“Walaikumsalam , Sofea !”
“ Eh, Ita. Kau free tak malam ni? Aku nak ajak kau
tengok wayang . Aku boring sangat di rumah, “ tanya Sofea kepada rakan karibnya di ofis .
“ Ok. Nanti aku datang jemput kau pukul 8.00, “ jawab
Nita dengan suara ceria.
“Ok , Ita. Aku tunggu kau , “ jawab Sofea lalu
meletakkan telefon bimbitnya . Sofea segera ke bilik.
“Baju apa yang sesuai ?,” tanya Sofea sendiri.
Sofea menyelak baju-baju yang tergantung di dalam
almari . Sehelai baju ‘blause’ berwarna biru cair dicapai dan Sofea tersenyum .
Baju itu adalah pemberian istimewa daripada Rusdi.
“Sudah lama tiada khabar berita tentang Rusdi , “
detik hati kecil Sofea .
Sofea ke ruang tamu untuk menggosok ‘blause’ dan
seluar panjang serta tudung . Sofea sudah sedia menanti kedatangan Nita dan
sesekali Sofea berdiri di hadapan cermin menggayakan pakaiannya . Sofea
tersenyum sendiri.
“Pin! Pin! Pin!” Bunyi hon kereta di luar rumah .
Sofea menuju ke pintu dan melihat Nita sedang melambai-lambai dari dalam
kereta. Sofea memakai sepatunya dan menuju ke kereta.
“Maaf, Sofea aku terlambat , “ kata Nita.
“Tak lah . Tayangan pukul 9.00 malam sempat lagi , “
jawab Sofea. Kereta meninggalkan perkarangan rumah dan Sofea terperasan Mia
mengintai di sebalik langsir.
Setiba di AEON Bandar Bukit Tinggi , Sofea segera ke
kaunter tiket dan membeli dua keping tiket . Nita membeli sebekas ‘popcorn’ dan
minuman.
“ Asalamualaikum , Sofi , “ sapa suara lelaki dari
belakang .
Sofea segera menoleh dan wajah Sofea berubah .
“Walaikumsalam,” jawab Sofea perlahan .
Rusdi berdiri di hadapan Sofea dan di sisinya seorang
wanita cantik dan berkulit cerah.
“U apa khabar , Sofi ?,” tanya Rusdi . Sofea melihat Nita
sudah bergerak ke pintu masuk panggung . Wanita di sebelah Rusdi hanya
tersenyum melihat Sofea. Sofea serba salah .
“Khabar baik , Sofi .”
“Cantik baju U,” ujar Rusdi lagi .
“Maaf D. I
masuk dulu kawan I sudah menunggu , “ jawab Sofea ringkas dan segera meninggalkan
Rusdi manakala wanita di sisinya merangkul lengan Rusdi.
“Itukah tunang D ?,” pertanyaan itu hanya tinggal
pertanyaan di dalam hati Sofea.
Comments
Post a Comment