Episod : KEMBALI
Sangkaan
Sham bahawa Mia akan dibenarkan keluar hospital tidak kesampaian. Doktor yang
merawat Mia mendapati penyakit Leukemia Mia semakin serius . Kanser darah
daripada sum-sum tulang yang dialami Mia semakin merebak . Kemungkinan nyawa
Mia dalam bahaya. Sham telah mendapat penerangan lengkap daripada doktor dan
meminta Sham bersedia menghadapi sebarang kemungkinan . Sham menyembunyikan hal
yang disampaikan oleh doktor daripada pengetahuan Mia . Sham tidak mahu Mia
beremosi jika hal itu diketahui Mia.
“Bila
Mia boleh keluar hospital , abang ?, “ tanya Mia melihat Sham keluar dari bilik
doktor . Sham tersenyum kepada Mia .
“Tiada
apa-apa Mia . Doktor cuma meminta abang menjaga Mia, “ ujar Sham menyembunyi
hal sebenar. Mia hanya terdiam dan memandang Sham.
“Selama
ini abang sudah menjaga Mia dengan baik . Tidak pernah abang mengabaikan Mia
walaupun Mia sakit , “ kata Mia dengan suara perlahan dan air mata Mia merembes
di hujung kelopak matanya.
“
Sudah menjadi tanggungjawab abang menjaga Mia kerana Mia isteri abang , “ balas
Sham menatap wajah Mia yang sedang terbaring lemah di katil. Wajah Mia pucat .
Sham hanya membalas senyuman melihat Mia.
“Kenapa
abang senyum ?,” tanya Mia lagi.
“Tak
ada apa Mia . Abang sayang Mia , “ jawab Sham .
“Mia
tahu abang sayang Mia tetapi Mia bimbang kalau Mia sudah tidak ada siapa pula
nak jaga abang ?,” tanya Mia. Sham tiada jawapan . Sham membisu. Suasana di wad
juga sepi . Hanya Mia dan empat orang pesakit lain yang sedang dirawat di wad
itu.
“
Mia kena kuat . Kekuatan Mia kekuatan abang juga , “ ujar Sham .
“Ada
sesuatu yang abng tidak mahu beritahu Mia ,” kata Mia sambil memandang wajah
Sham . Mia seakan merasakan sesuatu sedang disembunyikan Sham . Fisarat seorang
isteri terhadap suami selalunya betul.
Selang
dua hari kemudian , Mia dimasukkan
ke ICU. Sham berasa cemas . Sebelum
jururawat dan doktor mengiringi Mia ke ICU dalam keadaan sedar Mia memohon maaf
kepada Sham dan begitu juga Sham . Mia seolah-olah tahu bahawa ajalnya semakin
hampir.
“Insyallah
Mia akan selamat ,” kata Sham sambil menggenggam tangan Mia. Air mata Sham gugur saat mengucup dahi Mia.
Barangkali itulah kucupan terakhirnya. Mia tersenyum melihat kelakuan Sham dan
tidak berkata apa-apa.
“
Mia reda abang . Mia minta maaf abang , “ ucap Mia sebelum katil Mia ditolak ke
ICU. Pintu bilik ICU dibuka dan Sham melihat Mia mengangkat sedikit kepalanya
dan hilang dari pandangan apabila pintu ditutup kembali . Ait mata Sham
mengalir laju dan Sham berdoa agar Mia selamat . Hati Sham berdebar-debar .
Sudah
hampir dua jam menanti penuh debaran di luar bilik ICU . Hati Sham dicengkam
rasa pilu dan kepedihannya hingga hulu
hati. Muncul Sofea untuk melawat Mia tetapi hasrat Sofea tidak kesampaian.
“
Allahuakbar , “ ucap Sofea apabila diberitahu Sham bahawa Mia kini di bilik
ICU. Sofea terduduk di kerusi di tepi bilik ICU. Kali kedua Sofea datang hendak
menemui Mia tidak tercapai . Sofea ingin memberitahu Mia bahawa dia tidak
sampai hati untuk mengecewakan permintaan Mia. Sofea mahu meringankan keresahan
hati Mia terhadap Sham jika Mia sudah meninggalkan mereka buat selama-lamanya .
Pintu
bilik ICU dibuka dan seorang doktor meminta Sham masuk ke dalam bilik ICU .
Wajah doktor serius. Sofea membiarkan Sham masuk dan Sofea akan menanti berita
yang akan disampaikan Sham tentang keadaan Mia. Tidak lama kemudian , Sham
keluar dengan wajah sedih yang amat sangat .
“Kak
Mia sudah tidak ada, “ ucap Sham perlahan disambut dengan esakan tangis Sofea.
“Innalillahiwainailaihirojiun
! , “ bagaikan bisikan halus daripada bibir
Sofea. Sehingga akhirnya , Sofea tidak dapat menemui Mia. Sham terduduk
di kerusi hanya air mata laju mampu menggambarkan perasaan Sham saat itu .
Sofea masih menangisi pemergian Mia dengan
esakan kecil. Tiada kata-kata yang mampu diucapkan Sofea melainkan menerima suratan
takdir Allah sahaja sebagai penentu.
Sofea
meninggalkan Sham sendirian di kerusi melayan tangis yang tidak bernokhtah . Tiada
lagi kata-kata yang mahu diluahkan Sofea.
“Maafkan
Sofea , Kak Mia . Maafkan Sofea abang Sham , “ bisik hati kecil Sofea dan
memasuki ruang lif yang terbuka . Sham masih terpaku di kerusi dengan esak
tangis yang semakin kendur.
-TAMAT-
Comments
Post a Comment