Episod ; DUNIA TIDAK KEJAM 

“Bam ! Bam ! Bam ! .

Suasana hening Hutan Belum dikejutkan dengan bunyi tiga das tembakan . Beburung yang bertenggek di dahan-dahan pokok berterbangan mencari perlindungan . Kelibat dua orang pemburu haram menyelinap di celah-celah pokok sebesar pemeluk .

Dunia kami kini tidak lagi aman. Saban waktu , kaum kerabat kami diancam oleh pemburu haram . Walaupun kami digelar Raja Rimba keturunan Panthera Tigris Jaksoni namun , tahun demi tahun , spesies kami sebanyak 9 sub spesise semakin pupus. Tubuh kami yang purata panjang 2-4 meter dan seberat 120 kilogram menjadi buruan peminat taring, kulit kami yang berbelang cantik dan organ badan kami untuk dijual di pasaran gelap. Organ kami juga dijadikan ubat tradisional.

“Ha! Ha! Ha!, Kedengaran suara pemburu-pemburu ketawa kegembiraan kerana mendapat habuan yang lumayan. Walaupun kami mampu berlari 96km sejam dan berenang  7 hingga 29 km sehari namun itu tidak memadai untuk menyelamatkan kami daripada terus diburu.

Oh, sedihnya tidak terkira. Ibu kami hanya mampu melahirkan 2 hingga 3 ekor setahun ditambah dengan malapetaka pemburu haram, bagaimana kami dapat hidup sehingga 80 atau 108 tahun akan datang?

“Aum! Aum! Aum! . Jeritan kesakitan akibat luka tembakan memecah keheningan awal pagi itu, Generasi kami yang masih kecil memerlukan perhatian ibu kerana kami melahirkan dan menyusukan bayi kami selama dua tahun. Segala-galanya akan menyebabkan habitat kami tidak lagi selamat .

Aku berlari-lari mencari ibuku . Bapaku sudah lam mati menjadi mangsa kekejaman manusia yang tidak berhati perut. Kutemui ibuku sudah terbaring lemah. Darah membuak-buak daripada perutnya kesan terkena tembakan peluru tabur.

“Lari ! lari ! Lari ! jerit ibuku menyuruh aku menyelamatkan diriku. Aku enggan meninggalkan ibuku di situ dan menemui ajalnya. Akhirnya , aku berlari ke dalam hutan apabila mendengar suara pemburu haram semakin menghampiri .

“Bam ! Bam ! Bam ! . Air mataku mengalir laju dan aku berlari sekuat-kuat hati .

“Auuum ! Auumm ! Auuummm ! Itulah kali terakhir aku mendengar suara ibuku .

 

Peristiwa itu sudah berlalu hampir 20 tahun yang lalu. Saban masa , kini kami hidup dalam ketakutan saban . Kenangan aku terhadap ibu bapa aku tidak dapat dilupakan selama-lamanya. Aku terus merayau-rayau sambil diekori dua ekor anakku yang semakin berusia 2 tahun. Aku mengajar anak-anakku menikmat keindahan flora dan fauna di habitat kami, Hutan Belum.

Pada suatu hari , sedang aku mencari-cari makanan , aku terserempak dengan sekumpulan manusia yang berbaju hijau celoreng . Kedengaran mereka berbual-bual sambil menyandang senapang di bahu masing-masing . Aku segera menyuruh anak-anaku bersembunyi di sebalik pokok-pokok . Mataku liar memerhatikan mereka . Aku berasa curiga sama ada mereka pemburu haram atau penyelamat. Mereka memakai topi yang mempunyai logo wajah kami .

Pengalama lampau masih menjadi igauan kepada aku dan kaum kerabat aku. Aku masih terkenang wajah ibu buat kali terakhir. Mata ibu berkelip-kelip melihat aku meninggalkan dengan terburu-buru demi menyelamatkan diri. Suara manusia semakin hampir. Salah seorang memakai sehelai baju tertulis “ HARIMAU MALAYA “. Jejak kaki mereka semakin hampir.

“Bam! Bam ! Bam !. Mataku menjadi kabur lalu pengsan . Apabila aku tersedar , aku sudah berada di dalam sebuah sangkar besi yang besar. Anak-anaku turut berada bersama-sama aku . Anak-anaku berebut-rebut menyusu. Aku dikelilingi sekumpulan manusia dan salah seorang daripada mereka memakai pakaian putih .

Badan aku diperiksa dan lelaki itu tersenyum. Aku mendengar lelaki itu berkata kepada rakan-rakannya , kita telah selamatkan mereka daripada manusia kejam yang membunuh haiwan liar. Semoga mereka membesar di sini dan diberikan penjagaan yang terbaik .

“Auum! Auum! Auumm! . Aku mengaum kerana gembira diselamatkan daripada menjadi mangsa pemburu haram. Walaupun aku akan tinggal di habitat baharu tetapi anak-anakku akan membesar menjadi generasi Sang Rimba.

“Auummm! Auumm ! Auuumm ! “

Aku mengucapkan terima kasih kepada manusia yang menyelamatkan aku dan anak-anak aku. Sebenarnya , DUNIA TIDAK KEJAM !  

 

 

Comments

Popular posts from this blog