Episod : MINAH (bukan nama sebenar )

Aku tidak pernah teserempak dengan Minah. Sesekali apabila teringat MInah , aku tersenyum sendiri. Minah , budak Flat LPK Blok D Tingkat 3.
Petang-petang akan turun ke tepi padang melihat jejaka-jejakan kiriman Tuhan bermain bola sepak. Apa salahnya hendak menonton bola. Minah akan berkasut tumit tinggi dan baju warna garang sedondon. Kalau baju merah blaus merah kasut merah. Mata-mata yang memandang hanya tersengih melihat Minah.
Abang Minah penjaga gol handalan pasukan bola sepak Flat LPK. Kalau abang Minah ternampak Minah di tepi padang , matanya tajam memandang Minah. Minah akan segera angkat kaki pulang ke rumah. Tapi , tidak lama kemudian Minah akan turun semula dengan kasut tumit tinggi warna biru, skirt biru dan reben rambut biru. Ada ketikanya, Minah akan memakai pakaian pakej berwarna warni, Baju biru skirt kuning kasut merah.
Minah peramah orangnya. Kalau makcik pakcik lalu dia cepat-cepat menegur dengan mesra. Minah juga cantik orangnya. Tinggi dan berkulit cerah. Rambutnya panjang separuh pinggang dan beropol-ropol. Gaya Minah sangat menghiburkan mata yang memandang.
Kadang-kadang , bukan sekali tetapi berkali-kali Minah turun naik ke kedai untuk membeli barang di kedai Aci. Di situlah juga budak-budak flat melepak dan mengusk Minah. Minah hanya meliuk lentikkan badannya semasa berjalan . Lenggang lenggok Minah tak ada budak perempuan flat lain yang boleh 'challenge' .Minah pandai bergaya tapi tak kena gaya. Minah baik hati. Semua orang kenal Minah . Suaranya agak kuat apabila bercakap dan suka ketawa .
Kini. sudah bertahun-tahun aku tidak pernah melihat Minah . Mungki Minah sudah berkeluarga. Siapalah suami Minah ? Budak flat ke atau orang luar ? Abang Minah masih lagi ada sesekali tersempak di pasar tapi terlupa hendak bertanya tentang Minah . Kalau sekarang ada JLO dulu ada MInah. Semoga Minah sentiasa diberkati Allah . Amin.

Comments

Popular posts from this blog