Episod: KAU PERGI JUA..

Putih dan Kella hanya tinggal kenangan . Semalam 12 Jun 2021, kedua-duanya pergi buat selama-lamanya. 10 hari aku dikuarantin kerana Covid-19, yang kudengar hanyalah suara mengiau Putih dan Kella di luar rumah. Aku tidak dapat memeluk mengusap Putih dan Kella.
Isteri dan anakku mengambil tanggungjawab menjaga Putih dan Kella. Setiap hari, diberi makan dan minum . Sejak beberapa bulan sebelum ini , aku melepaskan Putih dan Kella bebas keluar masuk. Pintu kurungan kubuka seluas-luasnya. Hampir setiap petang , Putih dan Kella akan mencium pipi telinga hidung aku sambil aku berbaring di pondok.
Kini, semua itu telah menjadi memori manis antara aku, Putih dan Kella. Semoga Putih dan Kella kembali kepada penciptanya dengan tenang.Tanpa tanda tanpa pesan, kau pergi jua..😥♥️

Z

Comments

Popular posts from this blog