Episod : TABLIGH

Sebuah surau separuh batu separuh kayu dua tingkat terletak di luar pagar Flat LPK . Kedudukan surau itu juga bersebelahan gate Pelabuhan Selatan . Dulu , tahun 70-an zaman jemaah haji ke Mekah menaiki kapal suasana di Pelabuhan Selatan sangat meriah . Kebanyakan jemaah haji dihantar oleh kaum keluarga dan sahabat handai jauh dan dekat.
Di surau ini juga sering dikunjungi jemaah tabligh. Ada seorang dua penduduk Flat LPK merupakan ahli jemaah tabligh tegar.
"3 hari keluar, syeikh," kata abang Usop kepadaku sambil menggosok-gosok belakangku. Abang Usop juga kakitangan Lembaga Pelabuhan Klang. Di surau itu, jemaah yang rapat dan kerap ke surau dipanggil 'Syeikh' sesama kami.
Pada suatu hari, sekumpulan jemaah tabligh berkunjung ke surau dan bermalam di situ selama tiga hari.
"Insyallah, tuan-tuan, selepas ini kami ada sedikit tazkirah. Harap tuan-tuan dapat menghadirkan diri ," kata salah seorang jemaah tabligh yang bangun sebaik sahaja usai solat Maghrib . Kebetulan hari itu hari Sabtu , jadi aku menunggulah tazkirah yang disampaikan oleh ketua jemaah dan beberapa orang jemaah surau.
Sepanjang tazkirah 10 minit itu , abang Usop mengusap-ngusap bahuku dan mengajak aku ikut keluar 3 hari. Aku hanya mendiamkan diri dan tersenyum sahaja. Sebenarnya,aku tidak berminat untuk ikut jemaah tabligh. Jemaah tabligh mengangguk-angguk sepanjang tazkirah berlangsung dan sesekali menggeleng-geleng apabila perkataan azab neraka dilontarkan oleh ketua jemaah .
Keesokan harinya, sekumpulan jemaah tabligh telah datang ke rumahku. Aku terpinga-pinga. Abang Usop memberitahu aku untuk mengajak aku keluar mengikuti jemaah tabligh. Ibuku juga seakan tidak mengizinkannya kerana tinggal beberapa bulan lagi aku akan menduduki SPM.
Aku dibawa ke sebuah surau Sekuriti LPK yang terle terletak di seberang HQ LPK. Di situ aku dan jemaah tabligh akan mengadakan beberapa aktiviti seperti usrah, membaca Al-Quran dan berzikir. Apabila waktu makan, ada jemaah ditugaskan membeli bahan masakan dan memasak di surau itu. Mereka mempunyai peralatan memasak sendiri yang dibawa sama setiap kali keluar .
Semasa makan, kami menggunakan talam .Aku diajar cara duduk makan mengikut sunnah. Makanan diagihkan kepada 4 bahagian dalam sebuah talam . Masing-masing akan share makanan semasa makan. Cara minum juga diajar cara sunnah. Jari-jemari dijilat satu persatu untuk mendapatkan berkat . Amalan sunnah amat dititikberatkan dan dipraktikkan dalam jemaah termasuk cara tidur dan mengikat hujung kain pelikat semasa tidur (kecuali memakai seluar).
Aku tidak dibenarkan mengikut kumpulan jemaah yang akan menziarahi rumah ke rumah . Aku diminta membaca Al-Quran, solat sunat dan memperbanyakkan doa. Mungkin aku orang baharu dalam jamaah . Aku berasa bosan juga di surau itu. Ada jemaah yang baring-baring dan bergolek-golek di ruang solat sambil berbual-bual dengan rakan jemaah lain.
Apabila tiba waktu maghrib , salah seorang jemaah akan mengumandangkan azan . Seusai solat maghrib ada tazkirah . Aku pulang ke rumah malam itu dengan menaiki sebuah kereta. Abang Usop juga ikut serta pulang ke rumah . Rumah aku dan rumah abang Usop berdepan blok.
Pengalaman mengikuti jemaah tabligh merupakan suatu pengalaman baharu yang sangat berharga bagiku yang masih mentah dengan ilmu agama. Namun , pengajaran yang aku dapat terutamanya amalan sunnah dan sebab amalan itu dilakukan turut memberikan aku ilmu baharu . Sehingga kini, beberapa amalan sunnah yang diajarkan masih kuamalkan . Selepas pertama kali keluar ikut jemaah tabligh , sekali lagi aku keluar ke Masjid India, Kuala Lumpur pula . Markaz jemaah tabligh.

Like
Comment
Share

Comments

Popular posts from this blog