Episod : Gelaran

Sewaktu tinggal di Flat LPK penduduknya melebihi 1000 orang. Setiap blok mempunyai 4 tingkat dan setiap tingkat ada 6 pintu. Dari blok A sampai blok J. Kesemua penduduk terdiri daripada pekerja Lembaga Pelabuhan Klang dari berbagai-bagai jabatan. Arwah ayahku seorang pemandu folklif kemudian menjadi pemandu kren setinggi 9 tingkat bangunan. Semasa interview untuk jawatan pemandu kren disediakan pasukan bomba dan ambulans. Ada pemandu yang diuji menaiki tangga secara manual terkencing-kencing kerana gayat. Pihak bomba menurunkan menggunakan skylift.
Disebabkan terlalu ramai yang mempunyai nama serupa timbullah pelbagai gelaran. Gelaran diberi berdasarkan perwatakan , jenis pekerjaan , hobi dan minat tertentu. Tahun 70-an dan 80-an , kemudahan asas sangat terhad kerana negara kita ketika itu berasaskan ekonomi pertanian. Sehinggalah Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Hussein Onn ekonomi negara menuju perindustrian.
Gelaran diberi bukan saja dalam kalangan orang dewasa tetapi juga kanak-kanak dan ibu-ibu. Kalau arwah ibuku dipanggil Chik Mek Kelantan. Arwah ayahku pula Pok Wei (nama asal Ismail). Bunyi sebutannya dialek Kelantan. Jiran sederet rumahku ada Man Gagak ( suka tiru bunyi gagak ) Tarak Mandi ( ke hulu ke hilir tak pakai baju kain pelikat tuala atas bahu ) dan Robot ( badan tegap ) Gelaran-gelaran ini semua hanyalah suatu pengenalan diri untuk memudahkan penduduk saling mengenali antara satu dengan yang lain. Namun , gelaran itu bukan untuk bermusuhan atau ejek-mengejek.
Di flat ini ada 5 Yusof : Usop Yankie ( seluar Yankie) Usop Misai ( misai lentik ) , Usop Ribut (tunggang motor macam ribut ) ,Usop Jepun ( wajah macam Jepun ) dan Usop Dakwah ( gang Tabligh) . Ada Mail Bas ( ada bisnes bas ) , Malik King ( Nama Raja Arab Saudi) , Mat Koyak , Hantu ( kawan India kulit gelap raja bola ) , Mat Bomba (kerja bomba LPK ) , Ah Tuang , Ahmad Kucing ( suka tiru bunyi kucing ) dan ada juga nama-nama gelaran yang tidak dapat disebutkan kerana 'double meaning' .
Aku dikenali dengan nama Jemi. Bohong kalau budak-budak flat tak kenal aku tapi budak-budak baru pindah mungkin tak kenallah. Timah Lawa anak pakcik Mail Baba , Kamal Derum ( main bakar-bakar plastik bawah tangga terus baju disambar api sampai sekarang berparut ) , Nuar Yenkie ,Zizi Yenkie (anak-anak Usop Yenkie), Minah Karen dan Pak Mat Bomoh.
Banyak lagi gelaran yang aku sendiri sudah lupa kecuali kalau terserempak dengan kawan-kawan . Kenangan manis selama tinggal di Flat LPK sukar untuk dilupakan. Di situlah kawan bermain , kawan cinta monyet , kawan gaduh dan ada juga tertewas oleh najis dadah.
Semoga arwah-arwah yang pernah menghuni Flat LPK dicucuri roh mereka dengan rahmat Allah . Amin Ya Rabbal Alamin. Al -Fatehah (dibaca).
Gambar sewaktu aku menjadi Pengerusi Reunion Flat LPK 2016 @ Cyristal Crown Port Klang..
Syamsul Zamri, Ieda Ieda and 2 others
1 Share
Like
Comment
Share

Comments