Episod : "The First Thing This Morning"
Aku sampai di Klinik Kesihatan Daerah sekitar jam 11.30 pagi. Cuaca mendung. Langit hitam tidak berawan tanda hujan akan turun bila-bila masa. Selepas mendaftar nama di kaunter , namaku dipanggil . Slip No.2048 di tanganku. Tekanan darah ok. Gula ok. Semua ok. Oklah.
Tidak ramai yang ada di ruang menunggu kerana tarikh janji temu sudah diubah suai kerana PKP yang sedang berkuat kuasa di Selangor. Aku duduk menunggu giliran sambil membelek-belek telefon bimbitku. Aku terbaca petikan 'screenhot' yang diviral di dalam laman FB. " The First Thing This Morning" : Anda dipecat !.Aku cuba menahan air mata sebaliknya tersenyum lebar.
Nombor giliran seorang demi seorang dipanggil masuk ke Bilik 2 untuk menemui doktor yang bertugas. Setelah hampir 15 minit menunggu nombor giliranku dipanggil. masuk Bilik 2. Dua orang doktor perempuan muda sedang duduk di kerusi masing-masing. Tiada pesakit lain di dalamnya kecuali aku.
"Semua ok ye.," kata doktor seorang itu.
"Ok, doktor, " kataku.
Doktor membelek-belek kad laporan di atas meja dan menulis sesuatu.
Seorang lagi pesakit masuk ke dalam Bilik 2 dengan kaki terhincut-hincut. Orang muda. Dalam hatiku, accident motor agaknya.
"Sakit apa?," tanya doktor yang berbadan agak gempal dan berambut panjang.
"Sakit kaki, doktor," kata budak lelaki itu sambil menahan sakit.
"Sakit di mana ," tanya doktor lagi. Sementara , aku menunggu doktor menulis laporannya.
"Sakit kaki, doktor, " ulang budak lelaki itu lagi.
"Sakit tak," tanya doktor.
""Sakit, doktor." kata budak lelaki itu. Aku menahan ketawa kerana soalan yang berulang-ulang ditanya kepada budak lelaki itu.
"Encik akan datang semula selepas dua bulan, ya," kata doktor kepada aku sambil menulis slip ubat.
"Di mana sakit? " tanya doktor kepada budak itu.
"Kaki kiri , doktor," jawab budak itu sambil menyinsing kaki seluarnya. Aku menoleh melihat lututnya ada kesan calar.
"Kaki abang lagi teruk dik, hampir putus," kata-kata itu bergema di dalam benakku.
"Accident dengan apa?" tanya doktor lagi. Aku dan seorang doktor lagi kini menjadi pendengar di dalam Bilik 2.
"Accident dengan kereta buat U-Turn," kata budak itu.
"Sekarang memang zaman U-Turn , dik, " kataku di dalam hati.
"Awak naik kereta atau motor?" tanya doktor lagi.
"Saya naik motor," kata budak itu lebih lanjut.
"Kereta langgar awak atau awak langgar kereta,?" tanya doktor lagi.
"Saya langgar kereta . Kereta tu buat U-Turn," jawab budak itu semula.
"Berapa kali mau U-Turn?" tanyaku dalam hati.
"Boleh awak ceritakan bagaimana kemalangan itu berlaku?" tanya doktor semula.
"Ah, sudah, Ini klinik ke balai polis trafik?" tanyaku di dalam hati sambil menahan ketawa melihat budak itu menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Sebelum kau mula cerita ..Pada suatu hari..lebih baik aku angkat kaki," kataku sambil tersenyum. Tetapi kata-kata itu hanya bergema di dalam gaung benakku .
Aku meninggalkan pekarangan klinik ketika hujan turun menggila. Aku menekan "channel" Radio Klasik yang sudah aku set dan kedengaran suara Dwen mendayu-dayu...
Kau yang ku sayang
dari dulu kini dan selama-lamanya..
sebelum kenal dirimu
sebelum jumpa dirimu
kau sering datang dalam mimpiku
Kata hatiku
selalu membisik kau adalah milikku
biar lama pun kutunggu
saat kedewasaanmu
daku tak pernah jemu menantimu
Di saat ku sendiri
kubayangkan wajahmu
terkadang ku berilusi
tentang dikau dan aku
Kuharapkan semua ini
esok kan jadi kenyataan
dan aku berjanji
kan kubahagiakan dirimu selamanya
Kuharapkan semua ini
akan segera terjadi
dan semoga nanti
bukan hanya sekedar impian belaka...
Kereta kupandu meninggalkan daerah PK dalam rembesan hujan dan air mata...
Comments
Post a Comment