Kisah benar..
Episod : Cabul
Seorang murid perempuanku Tingkatan 3 yang bakal menduduki peperiksaan namun kulihat dia lebih suka mengasingkan dirinya daripada rakan-rakan lain. Sebelum ini, dia seorang periang tetapi berubah menjadi pendiam dan pemarah. Aku tidaklah begitu ambil pusing tentang murid perempuan yang meningkat remaja di sekolahku kerana mereka boleh berjumpa Cikgu Norazmah atau mana-mana guru perempuan seperti Cikgu Nor Zihan , Cikgu Rafidah atau Pengetua sendiri.
Pada suatu hari, muridku ini datang menemui aku . Ketika itu aku sedang sibuk menyemak buku-buku latihan di bilik guru yang sekangkang kera itu. Wajahnya kelihatan sugul dan penuh berjerawat kemerah-merahan.
"Asalamualaikum , Cikgu," sapanya lalu tertunduk diam. Aku membiarkan dia berdiri tercegat di sisi meja.
"Waialakumsalam," jawabku setelah beberapa ketika suasana sepi . Tiada sessiapa di dalam bilik guru itu melainkan aku dan muridku.
"Cikgu , sihat ," tanyanya perlahan.
"Alhamdulillah," jawabku ringkas. Aku mempelawanya duduk. Dia melabuhkan punggung sambil tersenyum memandang aku. Aku memandang ke luar pintu kaca . Tiada sesiapa lalu lalang di situ kerana waktu itu sesi pembelajaran sedang berlangsung.
"Saya selalu nampak Cikgu naik bas di stesen bas Pelabuhan Klang," katanya menyambung bicara. Aku hanya berdiam diri dan meletakkan pen merah yang aku gunakan untuk menanda buku. Aku menghela nafas panjang.
"Awak nak apa , " tanyaku spontan.
"Janganlah marah, " katanya sambil melenggok-lenggok badannya.
"Kalau awak ada perkara nak beritahu saya , beritahu sekarang , : ujarku lagi.
"Takpalah , Cikgu," katanya tiba-tiba. Dia bingkas bangun dan keluar dari bilik guru. Aku termanggu-mangu di situ kerana tidak tahu apa sebenarnya hajat muridku itu datang berjumpa aku di bilik guru.
Hari demi hari, aku perhatikan dia seperti menyembunyikan sesuatu . Kadang-kadang , apabila mataku secara tidak sengaja bertentang dengan matanya, dia akan merenung wajah aku agak lama. Aku cepat-cepat melarikan pandanganku. Begitulah, keadaannya selepas dia berjumpa aku. Seakan-akan dia hendak memberitahu aku sesuatu yang dia sendiri berasa takut atau malu. Entahlah !.
"Tok! Tok! Tok!. Aku segera menoleh. Dia tercegat di luar pintu bilik darjah. Semua pintu bilik darjah mempunyai cermin kecil bersaiz 2 x 3 untuk memudahkan pengawas bertugas atau kakitangan pejabat mengintai ke dalam kelas semasa guru tiada di dalam bilik darjah. Aku melambai menyuruh dia masuk.
" Cikgu , " sapanya dengan suara lembut dan perlahan.
"Awak dari mana ?," tanyaku kerana jam di tangan menunjukkan sesi pembelajaran sedang berlangsung.
"Saya ke tandas tadi dan saya mencari cikgu. Rupa-rupanya Cikgu di sini, " katanya lalu duduk bertentang kerusi denganku.
"Awak tak masuk kelas semula ?," tanyaku untuk mendapatkan kepastian. Sekarang di dalam bilik itu hanya kami berdua. Aku bangun melihat ke luar melalui cermin kecil di pintu bilik darjah. Suasana di luar sunyi sepi cuma sesekali kedengaran suara guru dan murid melalui di tepi tangga.
" Awak sebenarnya ada masalah apa? Cuba beritahu saya," sambungku lagi.
"Saya nak berbual-bual dengan ,Cikgu," katanya dengan mata galak.
"Kalau awak ada masalah , awak boleh jumpa dengan guru perempuan. Saya boleh bawa awak jumpa mereka," kataku memberikan saranan. Aku juga berasa kurang selesa kerana ini kali kedua dia datang berjumpa dengan aku semasa aku berseorangan dan di tempat yang tiada sesiapa melainkan kami.
"Saya suka tengok, Cikgu ," katanya tiba-tiba. Aku tidak memandangnya hanya mendengar luahan hatinya.
"Macam nilah , nanti bila-bila saya 'free' saya jumpa awak," kataku seakan berjanji perkara yang aku sendiri tidak pasti. Wajahnya tersenyum memandang aku. Aku mengemas buku-buku di atas meja dan memasukkan ke dalam beg yang kubawa.
"Saya nak masuk kelas mengajar," kataku dalam keadaan tergesa-gesa.
"Ala, Cikgu. Setiap kali saya nak cakap cikgu nak ke luar , : katanya mengetap bibir. Aku membuka pintu dan membiarkan dia di bilik itu.
"Cikgu !," panggilnya seakan-akan menjerit.
Kebetulan. waktu rehat . Aku ke kantin di belakang bangunan sekolah . Cikgu Norazmah sedang duduk minum . Aku memesan makanan dan minuman daripada abang Ismam yang menjaga kaunter.
Aku duduk berdepan dengan Cikgu Norazmah . Cikgu Norazmah hanya tersenyum memandang aku.
"Nak tanya sikit, " kataku .
"Tanya apa?," tanya Cikgu Norazmah sambil tersenyum kerana sudah menjadi tabiah Cikgu Norazmah suka tersenyum dan ketawa . Kalau Cikgu Norazmah berwajah bengis depan murid-murid itu hanyalah lakonan semata-mata.
"Eh, orang perempuan ni kalau dia suka kita dia akan selalu cari kita ke macamana ?," terburai ketawa Cikgu Norazmah. Aku juga ikut ketawa.
"Kalau perempuan suka kejar U tanda dia suka U," kata Cikgu Norazmah menghabiskan sisa-sisa ketawanya.
"I tanya je," kataku ketawa kecil. Selepas loceng berbunyi, aku bergerak ke kelas tingkat bawah . Cikgu Norazmah masih di kantin kerana jadual tugasnya banyak 'free slot' hari itu.
"Cikgu, " tiba-tiba dia menyergah aku dari belakang ketika aku sedang berdiri menghadap bilik guru. Aku sedikit terkejut.
"Awak nak apa?," tanyaku serius.
"Saya nak tanya cikgu sesuatu, boleh tak?." tanyanya dengan wajah sedikit serius. Kali ini tiada lagi senyuman di bibirnya.
"Hah, tanyalah ," desakku.
"Kalau orang lelaki suka pegang-pegang kita tandanya dia sayang kita tak?." tanya dia . Wajahku sedikit berubah dan berkerut.
"Apa hal pulak ni?," pertanyaan itu hanya bergema di dalam fikiranku.
"Kenapa awak tanya begitu?," tanyaku semula. Dia hanya diam.
"Jiran saya," jawabnya ringkas.
"Kenapa dengan jiran awak?," aku mula berasa curiga.
"Jiran saya selalu panggil saya datang ke rumahnya," sa,bungnya lagi.
"Dia suka pegang-pegang saya," suaranya kedengaran menahan marah.
"Awak tak boleh biarkan dia pegang awak. Tak boleh macam tu," kataku dengan suara tegas.
"Jiran saya kata tak boleh mengandung ," sambungnya lagi. Aku terkejut besar kerana sesuatu yang buruk telah berlaku kepadanya.
"Awak ikut saya," kataku spontan. Dia seperti lurus bendul mengikut arahanku tanpa banyak tanya. Wajahnya kebingungan.
Hari itu , aku membawa murid perempuan itu kepada Cikgu Norazmah dan menyuruhnya menceritakan apa yang berlaku kepada dirinya dengan jirannya itu. Aku tidak duduk sama mendengar sebaliknya Cikgu Norazmah yang akan 'handle' kes itu. Selesai ' soal siasat ' oleh Cikgu Norazmah , muridku itu dihantar pulang ke rumah. Kali ini wajah Cikgu Norazmah macam singa !
Comments
Post a Comment