Episod : Hadiah.
Kuparkir keretaku paling hampir dengan Restoran D. Beberapa orang pelanggan sedang makan dan minum sambil berbual-bual. Aku mencari-cari meja kosong. Aku melabuhkan punggung lalu datang seorang pramusaji menghampiri mejaku.
"Beri saya teh tarik dan mi goreng," pintaku. Pramusaji berlalu mengambil pesanan di meja pelanggan lain. Aku memandang keliling sekilas.
Aku melihat telefon bimbitku. Aku meletakkan telefon bimbit di tepi kunci keretaku. Aku terpandang seseorang yang sedang bersendirian di sudut kiri restoran. Kedudukannya agak terlindung . Tetapi, bisik hatiku seakan aku mengenalinya. Dia memandang aku dan melemparkan senyuman . M! Tiba-tiba hatiku bergetar. Adakah benar M yang kulihat ? Bertahun-tahun aku tidak pernah menemuinya setelah M berpindah ke KL mahupun khabar berita tentang M.
Pramusaji meletakkan segelas teh tarik dan sepinggan mi goreng di atas mejaku . Aku berdiri dan membawa gelas minuman dan pinggan makananku ke meja M.Aku tersenyum memandang M. M seolah-olah mengerti bahawa aku meminta izinnya untuk duduk di situ. M mengalihkan kerusinya sedikit ke tepi.
"Awak, M kan?," tanyaku spontan . Dia mengangguk sambil tersenyum.
"Lama saya tak jumpa awak ," sambungku lagi.
"Hampir 5 tahun !" sahut M mesra.
"Dengan siapa ?," tanyaku lagi.
"Seorang!" .
Minuman dipesan M sampai di meja. Aku meneguk teh tarik . Hanya aku yang menjamah mi goreng kegemaranku.
"Awak menghilang ke mana ?," aku memulakan pertanyaan membuka kembali lipatan nostalgia yang sekian lama terbuku.
"Bawa diri," kata M ringkas. Aku terdiam seketika.
"Awak tinggal di sini ?," tanya M sambil meneguk minuman 'fresh orange'. Jemarinya bermain straw di dalam gelas. M membiarkan pertanyaanku tanpa sepatah jawapan.
Seketika suasana menjadi sepi . Hanya bunyi sedikit bingit kedengaran pelanggan yang berbual-bual sesama mereka.
"Saya tertanya-tanya dengan kawan-kawan tentang awak," kataku cuba memancing perhatian M. Tetapi M hanya membisu.
" Suami awak di mana? ," sengaja kulontarkan pertanyaan itu. Aku inginkan suatu kepastian walaupun M telah memberitahuku dia bersendirian tadi. Suasana menjadi diam .
Mi sepinggan tinggal separuh. Beberapa mata memandang kami . Aku melihat ke luar restoran . Kenderaan semakin bertambah i kawasan parkir.
"Kata kawan awak ,L awak bekerja di KL ," aku cuba menyelongkar perasaan M. Ada kemuraman pada seraut wajahnya yang putih. Sememangnya M berkulit cerah dan bermata galak. Seolah-olah matanya tersenyum kepadaku. Imbasan nostalgia menyinggah di benak fikirku.
5 tahun lalu, aku mengenali M sebagai seorang kawan yang istimewa . Kadang-kadang ,aku terserempak dengan M di stesen bas. Kami sehaluan ke bandar K. Tapi, M akan turun di pertengahan jalan dan aku meneruskan perjalanan ke tengah kota K.
"Awak lihat burung-burung camar di laut itu sedang terbang rendah mencari makanan. Itulah erti kehidupan seperti kita perlukan usaha untuk menelusuri kehidupan yang entah panjang atau pendek," kataku kepada M sewaktu aku dan M sepetang di Jeti P. Lembayung petang melandai di kaki langit membiaskan cahaya kemerah-merahan dan beralun-alun dibawa ombak lalu merapat ke tepian.
M memberiku sesuatu di dalam sebuah beg kertas yang dibawanya sejak tadi. Di dalamnya sebuah kotak berbalut kertas hadiah .
"Bukalah ," kata M sambil tersenyum mesra dan bibirku ikut tersenyum. Perlahan-lahan kubuka pembalut kotak itu.
"Pen," kataku spontan. Sebatang pen 'Shefile' berwarna 'silver' .
"Terima kasih, M ," ucapku ikhlas.M hanya tersenyum melihat mataku dalam-dalam.
Suara kanak-kanak berlari-lari di dalam restoran memadamkan lamunanku. M tersenyum melihat telatah kanak-kanak itu. Aku juga tersenyum sama.
"Saya menerima kembali sebatang pen yang saya berikan kepada awak ," kata M seolah-olah turut melamun tentang memori yang ditinggalkan di tepi jeti. Aku diam seketika.
"Awak marahkan saya," kata M seperti mempersoalkan tindakan aku .
"Saya minta maaf. Saya kurang matang pada waktu itu," kataku seperti beralasan . M memandang jauh ke luar.
Jalan raya semakin sibuk demgan kenderaan.
"Saya tidak berniat untuk melukakan hati awak," kataku jujur.
"Saya sebenarnya marah ternampak awak berjalan dengan S.Saya berjalan di belakang awak tapi awak tidak menoleh kepada saya ," kataku untuk menjelaskan situasi sebenar sebab aku memulangkan kembali sebatang pen yang diberikannya kepadaku. M tidak memandang aku seakan tidak mempedulikan penjelasan aku. Aku sedar pemberian itu amat bermakna kepada M.M tahu aku seorang penulis walaupun aku selalu mengingatkan M agar merahsiakannya.Aku tidak mahu dilihat sebagai seorang lain dalam kalangan kawan-kawanku. Aku hanya mahu mereka menerima aku seperti mana aku yang dikenali mereka. Aku tidak mahu disangka menyombong . Hanya M yang tahu nama samaran yang aku gunakan sewaktu karya-karyaku disiarkan di dalam surat khabar atau majalah popular ketika itu.
"Saya hadiahkan pen itu supaya menjadi inspirasi kepada awak sebagai penulis penyajak ," kata M berterus terang.
"Awak pulangkan pen itu melalui L , kawan karib saya." Aku terdiam mendengar luahan perasaan M. Aku mula sedar M kecewa dengan tindakan aku.
"Awak bersikap seperti kebudak-budakan. Walau dengan sesiapa saya berkawan tetapi awak paling istimewa di hati saya ," kata M perlahan. Kulihat mata M berkaca.
"Lama lagikah awak akan berada di sini?," tanyaku cuba menjernihkan suasana yang muram sedari tadi. M tidak segera menjawab pertanyaanku.
"Saya pulang untuk melawat keluarga saya ," kata M dengan sedikit keluhan di hujung suaranya.
"Saya sudah maafkan awak. Saya berhijrah ke KL kerana saya beranggapan awak tidak lagi sudi berkawan dengan saya. Meskipun , L cuba menjadi orang tengah bagi memulihkan hubungan kita tetapi awak menolak dengan kata-kata yang menyakitkan hati saya," ujar M .
"Sejak saya bekerja di KL, L sering menyampaikan berita tentang awak. L memberitahu saya , awak bersendirian agak lama. L selalu melihat awak berulang-alik ke tempat kerja tanpa berteman." .
"Saya ternanti-nanti khabar daripada awak," kataku sambil membungkamkan wajah.
"Saya juga ternanti-nanti awak menghubungi saya. Awak boleh bertanya tentang saya melalui L tapi awak berdiam diri."
"Awak biarkan saya menunggu. Awak biarkan saya memendam perasaan," kata M penuh emosi. Aku hanya terdiam menelan kata-katan M.
"Saya tahu awak mencari saya. Awak selalu menulis sajak tentang kita . Tentang kisah kita..Saya selalu membaca luahan perasaan awak di atas kertas. Saya juga merindui masa yang kita tinggalkan . Tapi ..," kata M tanpa menghabiskan kata-katanya.
"Tapi ? Tapi apa,M?," ulangku. .....
( Bersambung ....)
Comments
Post a Comment