- Get link
- X
- Other Apps
Episod : Hat Yai
Segala-galanya tidak dirancang sebaliknya berlaku secara spontan. Puteri keduaku mengajak kami ke Hat Yai,Thailand selepas kami pulang dari merentas tiga buah negeri di Pantai Timur. Aku perlu memohon pasport antarabangsa kerana aku dan dua anak lelakiku, Mukriz serta Eiman tidak mempunyai pasport antarabangsa. Pada hari Isnin minggu itu, aku menyuruh Mukriz ke Jabatan Imigresen Pelabuhan Klang untuk memohon pasport antarabangsa kami. Manakala, isteriku sudah pun mempunyai pasport antarabangsa kerana dia pernah pergi ke Vietnam pada tahun 2015 dulu tetapi pasportnya telah tamat tempoh.
Selesai membuat pasport antarabangsa, kami bergerak ke Kota Bharu, Kelantan pada hari Rabu. Selesai majlis di Terengganu, kami singgah di Kuantan semalaman. Sepanjang lima hari tersebut, Mukriz dan Eiman telah cuba memohon untuk 'renew' pasport antarabangsa isteriku secara 'online'. Permohonan untuk 'renew' pasport isteriku di pejabat itu ditolak kerana mengikut peraturan yang telah ditetapkan sedemikian . Kalau dibuat pada masa yang sama dapatlah menjimatkan masa dan tenaga. Kelemahan sistem birokrasi seperti ini tidak sepatutnya berlaku tatkala pemimpin negara mempromosikan Malaysia ke arah negara maju. Mungkin, kami bukan golongan kayangan.
Sehingga kami pulang ke rumah, urusan 'renew' pasport isteriku masih belum selesai kerana gambar isteriku tidak menepati syarat dan memerlukan cap jari. Aku tidak boleh membuang masa, aku dan isteri ke bangunan UTC ,Selangor di Shah Alam . Apabila kami sampai sekitar jam 10 pagi, orang ramai sudah beratur panjang untuk mendapatkan nombor giliran. Seorang pegawai imigresen yang berpangkat membuat pengiraan dan aku termasuk pemohon yang akan mendapat nombor giliran. Jam di tangan menunjukkan pukul 12.00 tengah hari. Perasaan aku mulai gelisah kerana pada pukul 2.00 petang, aku mempunyai kelas tuisyen 'online'.
Pengiraan kali kedua dibuat oleh pegawai yang sama tetapi kali ini aku tidak termasuk pemohon yang akan diberikan nombor giliran . Adakah mereka ini bermain silap mata. Aku tetap nekad untuk beratur walaupun aku dan mereka yang dikira tadi sudah disuruh pulang oleh pegawai bertugas. Keadaan semakin terdesak kerana hanya empat hari lagi urusan pasport isteriku mesti diselesaikan sebelum kami bertolak ke Hat Yai.
Sampai di kaunter nombor giliran , seorang pegawai bertugas memberitahu aku bahawa nombor sudah habis dan menyuruh aku datang semula esok. Aku merayu agar dibenarkan memohon 'renew' pasport kerana bayaran sebanyak RM200 sudah dibuat tetapi 'renew' tidak diluluskan . Pegawai dengan muka sebal terus bangun dan meninggalkan aku terkontang-kanting di hadapan kaunter.
"Ini tak boleh jadi," bisik hati kecilku. "Takkanlah kerana gambar yang tidak menepati syarat aku terpaksa bercuti tuisyen keesokan hari lagi," hatiku berkata-kata.
Aku tidak berputus asa dan terus ke kaunter pendaftaran permohonan pasport tanpa nombor giliran . Seorang pegawai perempuan melihat aku berdiri di tepi kaunter. Aku perlu 'melembutkan' hati pegawai itu .Keadaan ini benar-benar terdesak dan kepada Allah aku meminta pertolongan. Akhirnya, pegawai tadi mahu membantu aku menyelesaikan urusanku pada hari itu. Tidak sampai sejam, urusan 'renew' pasport isteriku telah selesai. Aku tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada pegawai tadi. Ingatlah, jangan menyusahkan orang lain kerana sikap kita yang zalim jika kita mahu pertolongan Allah datang kepada kita!.
"Kalau pasport awak tak boleh siap , awak duduk rumah seorang," kataku mengusik isteriku. Isteriku hanya tersenyum tetapi hatinya pun cemas jika pasportnya tidak dapat disiapkan. Ini cabaran pertama dan selepas ini mungkin ada cabaran lain semasa urusan memasuki Hat Yai nanti. Itu semata-mata telahan aku kerana aku tiada pengalaman ke luar negara sebelum ini.
Perjalanan kami ke Bukit Kayu Hitam, Kedah pada pukul 9.15 malam. Kereta sudah diperiksa siang tadi supaya tiada masalah di jalanan. Kami sudah berpakat untuk berjumpa di R&R Rawang tetapi terlalu banyak kenderaan di situ. Kami bergerak terus dan singgah di R&R Tapah. Kami makan dan minum sebentar . Jarum jam menunjukkan pukul 12.00 pagi. Perjalanan diteruskan dan hampir kereta di hadapan yang dipandu menantuku melanggar sebuah tayar lori di tengah-tengah jalan tetapi sempat mengelak. Pemandu keretaku ,Mukriz juga sempat mengelak dan hanya kesan calar pada kereta di hadapan.
Sepanjang perjalanan je Bukit Kayu Hitam beberapa kemalangan kecil berlaku melibatkan motosikal dan kereta. Aku dan isteri duduk di bahagian belakang. Begitu sukar untuk melelapkan mata kerana sudah menjadi kebiasaan aku tidak selesa tidur secara duduk. Jadi, aku tidur-tidur ayam sahaja. Pada pukul 4.OO pagi, kami sampai di Changlun. Sebuah pejabat di tepi jalan menyediakan perkhidmatan insuran kenderaan yang akan memasuki Thailand. Segala dokumen diserahkan dan urusan selesai pada pukul 5.00 pagi. Kami tiba di Masjid Muhajirin untuk solat Subuh dan imam masjid membaca surah As Sajadah pada hari Jumaat yang penuh barakah.
63Azahar Ahmad, Acu Aira and 61 others
6 Comments
1 Share
Like
Comment
Share
- Get link
- X
- Other Apps

Comments
Post a Comment