EPISOD 119: Rinduku Untuk Bersujud

 

Pengalaman ditimpa kemalangan empat tahun yang lalu, menjadikan diriku ini lebih bersyukur dan bersemangat. Kecederaan yang teruk pada kaki kiri berjaya diselamatkan dengan izin Allah namun kesannya kakiku tidaklah begitu kuat seperti dulu dan sering berasa sengal jika berjalan lama atau duduk bersila terlalu lama. Keadaan ini sudah dimaklumkan oleh doktor yang merawat bahawa kakiku akan kelihatan bengkok sedikit dan bengkak selagi hayat dikandung badan.

 

Sejak itu, suatu nikmat yang tidak lagi aku rasai ialah nikmat bersujud kepada-Nya. Aku terpaksa bersolat di atas kerusi. Menurut doktor juga ‘tetulang besi’ pada kaki aku hanya akan dibuka selepas 8 bulan atau lebih. Pada mulanya, aku tidak berasa apa-apa saat brsolat di atas kerusi tetapi setelah sebulan aku mula merasai rindunya nimat untuk bersujud. Aku gagahkan juga ke masjid dan surau untuk bersolat berjemaah serta mengikuti pengajian ilmu. Rakan-rakan jemaah juga sudah faham benar apabila melihat kehadiran aku mereka akan cepat-cepat menyediakan sebuah kerusi dan menolong meletakkan tongkat ketiakku ke tepi dinding.

 

Keadaan itu berlarutan hampir setahun kerana kakiku tidak begitu kuat untuk memijak lantai kerana rasa sengal dan kebas. Apabil

Comments

Popular posts from this blog