EPISOD :
BILIK 217
Selesai
‘major operation’ dari jam 2.00 petang hingga 11.00 malam , aku dibawa keluar
dari ‘Operation Theater‘ oleh dua orang jururawat sambil diiringi seorang
doktor. Aku ditempatkan sementara di dalam sebuah wad yang mempunyai empat buah
katil. Pada masa yang sama, anak-anakku telah memohon kepada pihak hospital
supaya aku ditempatkan di wad lain pada keesokan pagi agar aku lebih selesa dan
mereka menjangkakan lebih ramai pelawat yang akan datang . Pada masa aku
dimasukkan ke hospital selepas kemalangan pagi itu aku diberitahu anak-anakku
kawan-kawan , murid-muridku , kenalan dan jiran-jiran sudah berkumpul di ruang bawah
hospital.
Jarum
jam menunjukkan pukul 1.00 pagi. Aku
diperiksa oleh Dr. Ip di wad dan dia tersenyum lebar lantas memberitahu aku ‘operation’
telah berjaya dengan cemerlang . Sejak 9.00 pagi Dr .Ip menguruskan aku dan
masih belum pulang ke rumah. Kakiku yang sepatutnya dipotong pagi itu bagi
mengelakkan jangkitan namun Dr.Ip mengambil risiko dengan persetujuan aku
setelah menandatangani sendiri beberapa helai dokumen yang diperlukan oleh
pihak hospital. Aku amat bersyukur ke hadrat Allah swt kerana kakiku terselamat daripada dipotong .
Jasa Dr.Ip begitu besar kepada aku dan kami masih berkawan hingga hari ini .
Semasa
aku dimasukkan ke hospital pada tahun 2019 kerana serangan ‘minor stroke’ iaitu
TIA dan selepas 2 tahun ditimpa kemalangan jalan raya
, Dr.Ip telah datang menjenguk aku di wad ICU seketika sambil memberikan
semangat kepada aku. Dr.Ip berkata dia yakin bahawa aku mampu menghadapi saat
sukar itu memandangkan aku dapat berjalan seperti biasa dalam tempoh 8 bulan
yang sepatutnya mengambil masa satu tahun setengah .
Pada
pukul 8.00 pagi keesokan hari , aku telah dipindahkan ke bilik 217 Wad Tingkat
2. Bilik itu lebih selesa kerana hanya aku seorang dan terdapat
kemudahan-kemudahan lain . Aku cuba menyesuaikan diri dengan keadaan kakiku yang
dipasang ‘arial TV ‘ . Aku berasa sukar untuk bergerak dan terpaksa berbaring
terletang sepanjang masa . Isteri dan anak menantu sudah tiba di hospital awal
pagi lagi dan Dr.Ip membuat pemeriksaan sekali lagi sambil dibantu seorang
jururawat. Bacaan tekanan darahku sudah kembali normal berbanding semalam
ketika dimasukkan ke hospital tekanan darahku 230. Kebimbangan utama pada
ketika itu ialah serangan stroke atau jantung .
Kawan-
kawan dan sanak saudara serta murid-muridku silih berganti datang melawat aku
di bilik 217. Bilik menjadi sempit dan aku galak bercerita tentang kejadian
kemalangan yang menimpa aku semalam. Keadaan ini membimbangkan Dr.Ip
memandangkan tekanan darahku kembali tinggi .
“Encik
Azmi perlu hadkan kehadiran pelawat , “ kata Dr.Ip yang fasih berbahasa Melayu.
Aku hanya mengangguk dan tersenyum .
“Saya
faham Encik Azmi popular kerana ramai kawan dan murid, “ sambung Dr. Ip sambil
tersenyum. Aku hampir tergelak apabila Dr.Ip menggunakan perkataan ‘ popular ‘
itu. Masakan tidak popular dalam masa 2 hari saja , sudah hampir 200 orang
pelawat yang datang dan Dr.Ip terpaksa memberikan ‘amaran’ kepada aku jika
jumlah pelawat masih bertali arus , dia terpaksa mengehadkan pelawat tertentu
sahaja dibenarkan masuk. Seorang pengawal keselamatan di tempatkan di luar
bilik 217 bagi mengawal kehadiran pelawat yang terlalu ramai.
Malam
pertama di bilik 217 aku ditemani oleh isteri dan anakku yang bermalam sama di
bilik. Terdapat sebuah sofa besar yang dijadikan ‘ katil’ . Aku hanya
menghabiskan masa menonton televisyen malam itu hingga terlelap sendiri.
Beberapa kali aku terjaga kerana bermimpi kejadian dilanggar lori dan
terperosok di bawah lori. Suara riuh-rendah mereka yang hendak menyelamatkan
aku dari bawah lori jelas kedengaran . Tubuhku berpeluh-peluh dan aku
beristigfar panjang. Isteriku juga tersedar daripada tidur dan memberitahu aku
meracau-racau dalam tidur. Aku tidak dapat tidur nyenyak sehingga waktu subuh.
Usai solat subuh , aku mencapai telefon bimbit dan mula membaca Al-Quran dari
Juzuk Al-Baqarah . Azamku adalah untuk khatam Al-Quran sepanjang aku terlantar
di atas katil hospital.
Comments
Post a Comment