Episod :
TENTANG KAWAN
Mula-mula
berniaga dulu sekitar akhir 90-an sangat memeritkan kerana pada masa itu belum
ada pelbagai prasarana seperti Facebook , Whatsapp, Twiter dan Instagram .
Kemudahan yang ada ketika itu ialah telefon bimbit untuk menghantar pesanan
ringkas atau surat . Tetapi , aku sudah
menggunakan telefon bimbit Ericson dan Pager dipasang di pinggang menjadi teman setia aku. Tidak ramai yang
mempunyai telefon bimbit kerana harganya yang sangat mahal. Setiap kali telefon
bimbit berdering atau Pager berbunyi aku sudah tahu panggilan daripada
‘customer’ atau bakal ‘customer’ .
Setiap
hari , aku peruntukkan masa selama atu jam untuk mengunjungi premis perniagaan
seperti pasar raya , kedai runcit , kilang , pejabat dan sekolah untuk membuat ‘marketing
‘. Tujuannya untuk mengiklankan perniagaan aku sebagai pembekal peralatan
pejabat dan percetakan sepert ‘name card’ , resit dana apa-apa sahaja barang –barang
keperluan pejabat. Dari situ , aku dapat mengenali banyak jenis orang dan ragam
mereka yang berbeza-beza.
Antara
pelanggan tetap syarikat aku pada masa itu ialah Perbadanan Kemajuan Pertanian
Selangor (PKPS) , Agensi Dadah Kebangsaan ( Cawangan Selangor ) ,
Sekolah-sekolah di bandar Klang , Andalusia Travel & Agency Shah Alam dan
banyak lagi syarikat swasta lain. Kesulitan paling dominan ialah mengutip
bayaran tetapi aku menggunakan kaedah diplomasi agar ‘customer ‘ tidak
berpindah kepada pembekal lain .
Ada
seorang kawan karib aku berjawatan Timbalan Pengarah di sebuah jabatan kerajaan
. Pada suatu hari , aku telah mengunjungi pejabatnya . Tujuan yang sama untuk ‘marketing
‘ perniagaan aku dan menyampaikan ‘quotation ‘ peralatan pejabat yang aku jual
. Salah aku juga kerana datang tanpa janji temu. Mula-mula , dia melihat aku di
depan pintunya air mukanya sudah berubah. Aku mengenalinya sebagai seorang yang
peramah tetapi kerana sudah lama terputus hubungan menyebabkan suasana sedikit
berubah.
“Nak
apa ?, “ tanya Timbalan Pengarah dengan suara yang tinggi sambil memandang
sinis kepada aku.
“Aku
datang nak bagi ‘proposal’ barang pejabat . Sekarang aku ada buat biznes jual
barang pejabat , “ jawab aku sambil berdiri. Aku tidak dijemput duduk.
“Letak
atas meja , “ kata Timbalan Pengarah dengan wajah serius.
“
Saya memang tak tolong kalau datang nak menjual kerana kawan , “ sambung
Timbalan Pengarah yang membahasakan dirinya , saya . Selama kami berkawan hanya
‘kau ‘ ‘ aku sahaja tetapi sekarang sudah berbeza. Air mukaku berasa merah padam
.
‘
Inilah masalahnya , “ kata Timbalan Pengarah dengan nada suara tinggi. Aku
terkedu dengan perubahan sikap kawanku ini . Aku berasa seperti hendak menangis
kerana terlalu malu tetapi aku buang jauh-jauh perasaan itu . Bukan niat aku
hendak meminta pertolongan agar jabatan yang diketuainya membeli peralatan
pejabat aku . Sekiranya ada keperluan tertentu , syarikat aku ada menjualnya,
itulah maksud kedatangan aku . Bukan aku memaksanya membeli perlatan pejabat
dari aku .
Pertemuan
itu berakhir di situ sahaja. Sejak itu ,
aku tidak lagi menemui kawanku itu tetapi
aku selalu mendengar perkembangan tentang
dirinya kerana kami kawan karib . Namun
, sambutan dingin yang aku terima itu sedikit sebanyak menyebabkan aku berasa kecil
hati dengan apa yang aku lalui . Aku tidak lagi menoleh ke belakang .
Perjuangan mesti diteruskan . Bukan senang nak jadi senang !.
Seperti
biasa , aku meneruskan rutin harian aku melawat sekolah , pejabat , kilang ,
pasar raya , kedai runcit dan jabatan kerajaan untuk menjual peralatan pejabat
aku .Pada masa yang sama aku mengajar tuisyen juga seperti biasa sama ada di
pusat tuisyen atau rumah ke rumah . Memanglah tak menang tangan kerana
kadang-kadang ‘customer ‘ meminta aku datang ke pajabat mereka sedangkan aku
mengajar di dalam kelas ketika itu. Akhirnya , aku terpaksa membuat pilihan
sama ada menjual peralatan pejabat atau mengajar tuisyen sepenuh masa. Alhamdulillah
, aku membuat pilihan tepat dan memilih mengajar tuisyen . Namun , menjual
peralatan pejabat dan bahan percetakan menjadi kerja sambilan aku . Dalam
bidang ekonomi ada istilah ‘kos melepas’.
Setelah
lebih 30 tahun , pada suatu hari bahuku dicuit dari belakang . Semasa itu aku
singgah di sebuah masjid di Klang untuk bersolat Maghrib. Pertemuan ini
berlangsung beberapa tahun yang lepas atau 5 tahun lalu . Rupa-rupanya ,
kawanku Timbalan Pengarah berdiri di belakang aku sambil tersenyum . Spontan
kami bersalam dan kawanku memeluk aku .
Kami
berbual-bual seketika tentang zaman remaja dulu sambil menunggu azan Maghrib. Aku lebih banyak mendengar daripada berbicara
. Sisa-sisa perasaan berkecil hati masih terlekat di hatiku. Aku tidak mahu
memutuskan hubungan persahabatan kami dan sejak itu aku sering berhubungan
dengan kawanku itu melalui whatsapp atau telefon. Cuma aku kurang sedap hati
apabila baru-baru ini aku ada mendengar kawanku itu sedang disiasat atas hal
berkaitan penyelewengan di jabatannya. Semoga kawanku itu dilindungi Allah
daripada sebarang kesulitan kerana dia seorang kawan yang baik !.
Comments
Post a Comment