Episod: Di Dalam Sepi Itu
Kadang-kadang
aku suka bersendiri mencari sepi itu kerana di dalam sepi itu kutemui semula dirimu.
Sekian lama kunantikan kehadiranmu di alam nyata namun semua itu hanyalah suatu
mimpi.
Kudengar
desiran angin laut membawakan bisikan hatimu tentang rindumu. Buih-buih ombak
berebut-rebut mencium jejari kakimu tatkala kita bercanda di Pantai Kelingi.
Dan , beburung camar berkicauan melawan bayu yang berhembus dan menghuraikan
rambutmu menutupi matamu .
"
Kau sengaja menyatakan rindu saat kau akan pergi jauh dariku , " bisik Ri
melepaskan pandangan jauh ke tengah lautan. Ombak kecil berkejar-kejaran ke
pantai dan nyanyian ombak melagukan
memori kita. Setelah kau pergi jauh , kau biarkan aku menantimu dalam
sepi dan terasing.
Segala
penantianku hanyalah sia-sia apabila kuterima perkhabaran kau kini sudah
berdua, Nita . Mulai saat itu, aku mencari sepi itu kerana di dalam sepi itu
aku mendengar suaramu yang manja . Ingin kutemui dirimu sebelum aku melangkah
pergi ," Mengapa kau tinggalkan aku dalam penantian yang lama ?"
Sudah
begitu takdir-Nya , aku bisa melupakanmu meski derita yang kutanggung amat
berat . Tiada sepucuk warkah darimu yang kunantikan kuterima dan akhirnya
warkah yang masih kutulis k inubiarkan saja di sisiku. Warkah yang membawa
suara hatiku tiada berharga kepadamu, Nita.
Akhirnya
, kutemui sepi itu di sini di tempat aku sedang berdiri di tepi Pantai Kelingi.
Kulihat kau dan dia mengejar senja yang berlabuh . Aku berasa gembira melihat
kerianganmu, Nita walaupun yang berlari bersamamu bukan aku.
Biarlah
rasa itu menjadi sepi sendiri. Tiada lagi suara ombak yang berlagu. Tiada lagi
suara camar berkicau riang . Tiada lagi buih-buih yang mencium jejarimu. Tiada
lagi aku di situ. Hanya yang tinggal sepi memeluk diriku.
Comments
Post a Comment