Episod : HISHAM
Setelah bertahun-tahun Hisham , aku terserempak dengan Hisham.
Dulu , Hisham yang kukenali segak orangnya , wajahnya serius tetapi memiliki
seulas senyuman yang manis. Namun, Hishamkah di depan mataku ini ? Aku melihat
Rizal sedang berbual-bual dengan rakannya di bawah khemah. Majlis persandingan
anak kawanku Rosni amat meriah .
"Kau ke jemput Hisham tu? Kat mana kau jumpa dia ?," tanyaku merapati
Rosni. Rosni sedang sibuk melayan tetamu-tetamu yang bertali arus keluar masuk
dewan.
"Mananya?," tanya Rosni semula dengan dahi berkerut.
"Eh, betul ke itu Hisham. Kenapa lain sangat,?," pertanyaan Rosni aku
biarkan saja tanpa jawapan kerana Hisham di depan mataku . " Ah, perlukan
aku bertanya ?, " pertanyaan itu tersekat di kerongkongku.
Aku memberanikan diri mendekati lelaki yang
berbadan kurus dan jambang yang tidak terurus.
"Maaf, ini Encik Hisham ke?" tanyaku memberanikan
diri. Lelaki berjambang itu memandangku agak lama dan kemudian tersenyum.
Sahlah, Hisham. Walaupun dia sangat berbeza tetapi senyumannya masih tetap aku
kenali .
“Saya , Hisham,” jawab Hisham dengan suaranya yang lembut dan
mesra.
“Mana ?,” pertanyaan aku terputus. Hisham tersenyum.
“Maaf ,” kata Hisham sambil menundukkan kepalanya memandang ke lantai. Matanya
sedikit berkaca.
“Dia telah tiada,” jawab Hisham dengan suara sedikit bergetar. Aku
membiarkan Hisham seketika.
“Kami tidak sempat berkahwin kerana dia pergi meninggalkan saya
selama-lamanya kerana kanser hati , “ kata Hisham perlahan menahan perasaan
sayu. Aku hanya terdiam. Terkejut. Bermacam-macam perasaan berbaur di dalam
hatiku.
“ Selama ini, awak menghilangkan diri, “ kataku mahu meneka.
“Tidak . Saya berhijrah ke Singapura dan bekerja di sana selepas
dia tiada . Saya tidak sanggup menatapi kenangan kami di sini, “ kata Hisham
sedikit tenang.
Aku melambai-lambai tangan kepada suamiku,
“Abang kenal tak?,” tanyaku kepada Rizal. Berkerut wajah Rizal
untuk mengingati sosok tubuh kurus yang berdiri di hadapannya tika itu.
“Ya, Allah . Hisham ,” kata Rizal lalu menarik tangan Hisham dan memeluknya
denga erat. Seorang rakan yang hilang sejak 30 tahun yang lalu akhirnya bertemu
kembali di sini. Berdiri di hadapanku dan Rizal. Rosni kulihat memandang dari
jauh. Kamariah baru sahaja sampai.
Rizal mengajak Hisham duduk di satu sudut agak jauh dari
hiruk-pikuk tetamu yang bertandang ke majlis walimah Rosni. Aku duduk di
sebelah Rizal. Wajah Hisham sedikit keruh.
“Akhirnya, kamu berdua kahwin juga,” kata Hisham sambil tersenyum.
Aku hanya membalas senyuman Rizal.
“Ye , sudah hampir 30 tahun usia perkahwinan kami. Anak pun dah
empat . Semua dan dewasa, “ kata Rizal bersahaja. Hisham memandang wajahku. Aku
berasa tidak keruan.
“Itulah , dulu hendak kepada orang lain tetapi orang lain pula
yang dapat ,” kata Hisham seakan menduga aku. Rizal tersenyum sahaja dan ketawa
kecil.
“Ala, semua inikan sudah jodoh Tuhan,” kata Rizal . Hisham
mengangguk mendengar kata-kata Rizal. Ye, Rizal tidak tahu. Sebenarnya , aku
dan Hisham sudah berkawan semasa di tempat kerja. Rizal hanyalah seorang kawan
biasa aku. Apabila aku terserempak Hisham dengan temannya , aku mula menjauhkan diri. Aku tidak
tahu bahawa teman yang aku maksudkan hanyalah seorang teman biasa. Hisham juga
tidak pernah menerangkan semua itu.
Setelah itu, barulah aku mendekati Rizal . Namun , perasaan sayang
kepada Hisham sudah lama lenyap di dalam diriku. Aku sudah melupakannya sejak
lama dulu tetapi kehadiran Hisham menjentik perasaanku. Aku cuba menepis semua
perasaan itu apatah lagi Rizal kini suamiku.
“Ya, saya faham, “ kata Hisham setelah lama berdiam diri dan
melemparkan pandangannya jauh dan kosong. Aku sebenarnya simpati terhadap
Hisham. Tidak ku ketahui selama ini Hisham menderita sehingga membawa diri jauh
ke Singapura.
“Bersalahkah, aku, “ detik hati kecilku. Aku menarik nafas
dalam-dalam.
“Bukan semua orang yang perpasangan akhirnya hidup bersama bahagia
dengan pasangannya, “ sambung Hisham.
“Mengapakah kau berkata begitu, Hisham?, “ desis hatiku.
“Tapi , kita hanya manusia biasa tiada daya upaya untuk mengubah
semuanya kembali seperti dulu, “ kata Hisham dengan nada merajuk.
“Sudahlah, Hisham. Hentikanlah kata-kata itu, “ hatiku berperang.
“ Kita tidak boleh memaksa orang menyukai kita. Inikan soal hati, “
kata Hisham . Wajahnya serius. Rizal hanya tersenyum .
“Oh, Rizal, suamiku. Adakah engkau mengerti kata-kata Hisham itu?,’ aku
memegang tangan Rizal dan Rizal menoleh aku lalu tersenyum. Mata Hisham
melihatnya lalu tertunduk. Mata Hisham seakan berbicara kepada aku.
Aku cuba melarikan pandangan mataku. Kamariah mendekati kami
bertiga di meja.
“Macam kenal saja, “ kata Kamariah setelah terlihat Hisham. Aku
tersenyum melihat Kamariah .
“Yelah, Hisham. ‘Supervisor’ kita dulu yang tersenyum manis, “
kataku seakan memuji Hisahm di hadapan Kamariah.
“Bukankah ?,” kata – kata Kamariah terhenti di situ setelah aku
menyenggol kakinya . Kamariah tersenyum memandang aku.
“Awak , apa khabar ?,” tanya Hisham.
“Alhamdulillah,” jawab Kamariah sambil melabuhkan punggung di
sisiku.
Aku memandang ke dalam mata Kamariah seakan hendak memberitahunya
supaya jangan membuka cerita di depan Rizal. Nahas nanti. Memang semasa di
kilang, akulah paling kuat menyakat Hisham sehingga Hisham menaruh hati kepada
aku. Cumanya impian tidak kesampaian.
Kasihan aku melihat Rizal yang tidak tahu-menahu apa-apa. Aku juga
bersimpati terhadap Hisham sebagai seorang teman lama. Pertemuan kami pada hari
itu penuh debaran terutamanya diri aku . Hisham meninggalkan kami .
“Nanti kita jumpa lagi, “ kata Hisham memandang tepat wajah aku. Rizal
bersalam-salaman dan berpelukan dengan Hisham. Aku hanya tersenyum dengan hati
yang bergetar.
Comments
Post a Comment