Sebuah catatan pengalaman..."THE REAL
BIZNES"
'Best'
tak berniaga ?. Kalau sanggup menjadi kuli kamu akan berjaya tetapi kalau kamu
menganggap diri kamu boss maka kamu
tidak akan pergi jauh . Perniagaan yang mula-mula aku ceburi ialah menjual
peralatan mesin pejabat. Aku sendiri menghantar 'quotation' dan berjumpa dengan
bermacam-macam manusia dari pekerja bawahan hinggalah ahli politik untuk
mencari sesuap rezeki.
Bukanlah
semudah mana untuk mendapatkan 'sale' tetapi aku mendapat banyak pengalaman
daripada Mr.K. Dialah mentor yang mengajar aku selok-belok berniaga meskipun
pada masa yang sama aku bekerja 'part time' dengan Mr.K , dia tidak lokek
mengajar aku skil 'deal' dengan 'customer' .
Dalam
masa tak sampai 5 minit , 'sale close' . Apakah ilmunya ? #PELAJARAN PERTAMA :
Kalah dahulu menang kemudian . Biar kita rugi sedikit dahulu tetapi 'customer'
akan membayar kita selagi mana perniagaan itu masih wujud. Hasil didikan Mr.K ,
aku berjaya menjual lebih 40 unit mesin fotostat sekitar tahun 90-an .
Akhirnya
, Mr.K menyuruh aku membuka syarikat sendiri dinamakan EDARAN OFFICE EQUIPMENT
(E.O.E) . Aku akan membeli mesin fotostat daripada Mr.K manakala Mr.K
menyediakan 'maintenance service' dan 'supply spare part ' . Semua pelanggan
ditawarkan kontrak servis selama 5 tahun. Kebiasaannya , model baru akan
bertukar dalam masa 2 tahun dan 'customer' akan menggantikan mesin lama dengan
yang baru begitu juga kontrak baru . Antara aku dan Mr K , 'win win situation'
.
Aku
mula melangkah lebih jauh iaitu membekalkan peralatan mesin pejabat . Dari
pejabat daerah sehingga pejabat setiausaha kerajaan negeri (SUK) aku menjadi
pembekal mesin pejabat . Aku yang mengangkat mesin , mendapatkan tanda tangan
Local Order (LO) untuk pembekalan dari pejabat Ahli Dewan Undangan (ADUN) dan
pejabat Ahli Parlimen (MP). Soalan familiar 'customer'yang aku jumpa ?
"Mana
boss kamu tak pernah jumpa ?"
"Boss
busy . Saya kuli " .
"Lain
kali suruh boss datang jumpa saya ," kata Ahli Parlimen . #PELAJARAN
KEDUA: Jangan sesekali mengaku kamulah boss kerana kelak kamu akan susah
menetapkan harga . Tiada 'customer' yang hendak membayar lebih kalau harga
boleh tawar-menawar 'direct' dengan boss !
Rezeki
tidak salah alamat . Dengan tidak disangka-sangka , aku mendapat 'offer'
membekalkan baju t-shirt kepada sebuah agensi kerajaan pusat. Kelam kabut juga
kerana aku sendiri tiada pengalaman mencetak dan membekalkan pakaian . Namun , atas
pertolongan seorang kawan yang menawarkan diri untuk menolong aku dipertemukan
dengan pengilang pakaian . Sebanyak 5,000 helai t-shirt perlu dibekalkan dan
pembekalan berlaku 2 - 3 kali sehinggalah aku tidak lagi menerima 'order' .
Hasil risikan daripada kakitangan dalaman , kawanku dan pengilang pakaian telah
sailang aku di tengah jalan . #PELAJARAN KETIGA : Jangan percaya sepenuh hati
kepada kawan .
Perniagaan
E.0.E. akhirnya 'terkubur' kerana aku mengambil keputusan untuk 'mengundur '
diri . Kenapa ? Duit panas . Bukan satu proposal di atas meja pejabat atau
agensi . Semua itu berbayar . Walaupun tidak banyak dan tidak sampai ribuan
ringgit tetapi 'profit' keuntungan semakin kecil . Ditambah pula , tempoh masa
mendapatkan bayaran mengambil masa 3 bulan atau lebih. Malah aku sendiri
terpaksa mengadap dan merayu pegawai Jabatan Akauntan supaya dipercepatkan
bayaran LO memandangkan modal pusingan semakin mengecil . Akhirnya, hendak tak
hendak terpaksa aku 'kuburkan' E.O.E buat selama-lamanya demi memelihara
keberkatan rezeki . #PELAJARAN KEEMPAT: Jangan terlibat dengan bisnes 'under
table' kerana duit tidak akan pernah cukup !
Aku
tidak menghadapi masalah untuk membekalkan apa-apa pun barangan untuk
dibekalkan kepada 'customer'. Pengilang dan pembekal sentiasa memberikan aku
kredit bayaran dalam tempoh yang tertentu . Bayaran hanya dibuat setelah aku
menerima bayaran daripada 'customer' dan dibayar kepada pengilang atau pembekal
. Hanya satu panggilan , 'order' akan sampai di pintu 'customer' tanpa bimbang
kena sailang kerana mereka bukan sebangsa aku . Mereka juga hendak berniaga
lama seperti aku . #PELAJARAN KELIMA : Bina kepercayaan nescaya perniagaan akan
bertahan lama !
5 Mei 2017 , aku ditimpa kemalangan jalan raya di Bulatan Berkeley , Klang . Kaki kiriku mengalami kecederaan sangat parah akibat dilanggar oleh sebuah lori seberat 1 tan dari arah kanan. Motosikal yang aku tunggang terperosok di bawah lori. Akhirnya , aku berjaya dikeluarkan dari bawah lori dengan bantuan abang-abang ‘rider’ yang beramai-ramai menolong aku. Aku dikejarkan ke Hospital Shah Alam ke Jabatan Kecemasan . Pihak hospital akan melakukan pembedahan untuk memotong kaki kiriku memandangkan kecederaan parah yang aku alami . Namun , takdir Allah menyelamatkan kakiku apabila aku dipindahkan ke hospital swasta di Shah Alam dan doktor yang melakukan pembedahan berjaya ‘repair’ kakiku dan sekarang aku boleh berjalan semula seperti biasa walaupun aku terpaksa mengehadkan aktiviti berat . Andainya , kakiku dipotong bagaimanakah keadaan aku sekarang ?.
Bermula
detik itu , aku tidak dapat menjalankan tugasku mengajar tuisyen . Hampir 8
bulan aku duduk di rumah tanpa kerja dan tanpa pendapatan . KOSONG . Sewa
bangunan tuisyen tetap kena bayar RM2000 sebulan . Aku dikira bernasib baik
kerana tutor-tutor aku seramai 6 orang dibayar gaji mengikut ‘percentage ‘ .
Pada tahun itu , belum ada kaedah tuisyen secara dalam talian “online’ . Masa
yang ada aku lebih banyak menulis latihan , mengemas buku-buku , nota-nota dan
membaca buku di rumah . Pusat tuisyen ditutup sementara waktu dan
pelajar-pelajar mulai berhenti seorang demi seorang manakala personal tuisyen
dari rumah ke rumah terpaksa diberhentikan. Keadaan kaki aku yang dipasang besi
dan lebih-lebih lagi aku terpaksa bergantung kepada tongkat ketiak membataskan
pergerakan aku .
Surat
guaman satu demi satu singgah di peti pos rumahku. Tunggakan bayaran rumah dan
kereta semakin bertimbun . Sepucuk surat bersampul saiz A4 dari sebuah bank
menyatakan bahawa rumahku akan dilelong dan aku akan diisytiharkan bankrup. Semua
wang simpanan aku sudah kering dan anak-anakku yang baru nak hidup membantu
sekadar yang mampu. Doktor memberitahu aku bahawa rawatan akan berterusan
selama satu tahun setengah lagi. Kos rawatan aku ditanggung oleh syarikat
insurans. Hanya kepada Allah aku mengadu dan berserah !.
Aku
berhubung dengan pihak bank dan memberitahu keadaan aku yang sedang dalam cuti
rawatan akibat kemalangan dan aku mengirimkan gambar-gambar berkaitan
kemalangan dan surat doktor. Pihak bank tetap dengan pendirian untuk melelong
rumahku . Akhirnya , anak-anakku memberikan satu pilihan kepada aku , iaitu
menjual rumah yang aku duduki sekarang . Berat hati untuk menjual rumah ini
kerana aku membelinya dengan titik peluhku. Beberapa agen ‘property’
menghubungi aku dan harga rumah aku mengikut nilaian semasa sebanyak RM1.2
juta.
Beberapa
orang bakal pembeli silih berganti tetapi harga yang diminta tidak munasabah
antara RM600K hingga RM700K . Betul ,
kalau aku menjual rumah ini aku mempunyai tunai di tangan lebih RM500K dan cukup untuk membeli sebuah
rumah lain dengan bayaran tunai dan menutup segala komitmen yang ada tetapi aku
sayang akan rumah ini . Aku masih terkenang kesukaran menjalani kehidupan bagai
bola ditendang sana selama aku menyewa
rumah dulu dan berpindah randah hampir tujuh kali . Rumah-rumah lain telah aku
jual lama dulu 17 tahun dulu apabila aku membeli rumah sekarang . Simpanan
tunai yang ada selama lapan bulan tidak mencukupi memandangkan komitmen bulanan
sahaja RM12K . Bayaran bulanan rumah mencecah RM3K dan pihak bank terus-menerus memberikan tekanan
setiap hari. Aku tidak putus-putus berdoa bermunajat kepada Allak swt
agar mempermudahkan kesulitan yang aku hadapi.
Berbekalkan
secebis kekuatan , aku gagahkan diri mengajar selepas 8 bulan menganggur. Aku
dihantar oleh isteriku dan dengan serba kepayahan aku mendaki tangga pusat
tuisyen dan rumah ke rumah mengajar seperti sebelum kemalangan menimpa aku.
Kesukaran demi kesukaran aku hadapi . Pelajar-pelajar semakin kurang . Ada ibu
bapa pelajar yang berasa simpati dan memberikan sedikit bantuan kewangan . Daripada
tangga gaji JUSA B turun kepada gaji
kakitangan am. Kalau nak kata terduduk sudah 8 bulan aku terduduk . Aku memohon
pihak guaman mempercepatkan proses perbicaraan di Mahkamah. Wang pampasan yang
aku terima setelah mahkamah memutuskan aku layak mendapat ganti rugi semuanya
digunakan untuk melangsaikan hutang bertimbun dan tidak berbaki . Namun ,
sedikit demi sedikit pertolongan Allah datang .# PELAJARAN KEEMPAT BELAS :
Yakinlah bahawa ALLAH sentiasa dekat !
Sekian
.
Sambungan
sebuah catatan pengalaman … THE REAL BIZNES
Memandangkan
aku sering mendapat jemputan menyampaikan ceramah di sekolah atau madrasah
agama , aku menubuhkan syarikat PROMINENT STAR TRAINING & CONSULTANCY bagi
memudahkan urusan . Sesetengah sekolah tidak menerima tawaran aku untuk
menyampaikan ceramah bahasa Melayu kerana aku bukan guru sekolah atau lepasan
Maktab Perguruan tetapi hanya guru tuisyen , jadi timbul kebimbangan
kalau-kalau isi ceramah aku itu berbentuk “ ajaran sesat “ kategori bahasa
Melayu . Hal ini disampaikan sendiri oleh guru besar sebuah sekolah tentang
kebimbangannya aku mengajar perkara yang salah . Namun , aku memetik satu nama
seorang muridku di sekolahnya merupakan murid terbaik Bahasa Melayu . Wajah
guru besar berubah sedikit tetapi aku tetap tidak dibenarkan masuk ke sekolah
menyampaikan ceramah . Bukan sombong
tetapi hakikatnya ada guru Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah ialah bekas
anak-anak muridku dan mereka sentiasa merujuk kepada aku jika timbul
kemusykilan tentang soalan BM . Pada aku , satu sahaja , satu daripada amalan
yang akan mengikut kita di alam sana nanti ialah ilmu yang diajarkan
memanfaatkan orang lain . #PELAJARAN KESEPULUH : Jangan memandang rendah kepada
keupayaan orang lain .
Dalam
perjalanan berniaga ada pasang surutnya . Hal ini berlaku disebabkan persaingan
yang tidak sihat . Pusat tuisyen di Taman Eng Ann tumbuh bagai cendawan selepas
hujan . Semasa aku mula-mula membuka pusat tuisyen di kawasan itu hanya
terdapat 4 buah pusat tuisyen yang dikira lagend kerana terkenal di bandar
Klang. Kiranya , kami berempat sudah dianggap otai dalam industri pusat tuisyen
. Ketika itu , PUSAT TUISYEN SISWA sudah mempunyai 3 Cawangan di Taman Eng Ann
, Bukit Tinggi Klang dan Setia Alam. Manakala, Pusat Tuisyen Delta mempunyai
lima cawangan , Pusat Tuisyen Era Tinta ( ET) mempunyai 5 cawangan dan Pusat
Tuisyen A1 mempunyai dua cawangan . Kemunculan pusat-pusat tuisyen tidak
berlesen amat membimbangkan selain pusat tuisyen baharu dibuka . Sebanyak 14
pusat tuisyen baharu dan kebanyakan pengusahanya terdiri daripada anak-anak
muda lepasan universiti. Pelbagai tawaran tidak masuk akal seperti harga yuran
yang lebih rendah tetapi masa belajar yang lebih panjang , murid-murid yang
cemerlang mendapat hadiah seperti ‘handphone’ dan murid-murid yang rekomen
kawan-kawan akan mendapat saguhati duit.
Berita
yang disampaikan oleh murid baharu yang berhijrah ke pusat tuisyen aku
memberitahu guru yang mengajar menari di atas meja dan ada melepak dengan
murid-murid di dalam kelas. Penggunaan telefon bimbit di dalam kelas berleluasa
tanpa larangan . Hal ini kurang disenangi oleh murid-murid yang hendak datang
belajar lalu mereka terpaksa angkat kaki untuk berhijrah . Aku yang
mendengarnya berasa kurang senang kerana perbuatan tersebut boleh menjejaskan
reputasi pusat tuisyen yang sudah lama bertahan . Namun , aku yakin dan percaya
bahawa kualiti adalah keutamaan . Bilangan muridku sedikit berkurangan kerana
murid-murid yang berhenti mengikut kawan-kawan mereka ke pusat tuisyen baharu.
# #PELAJARAN KESEBELAS ; Bersainglah secara sihat dan jujur.
Hari
demi hari berlalu , hasil daripada perniagaan tuisyen paling banyak mengubah
kehidupan aku. Selama bekerja dengan Mr.K , aku diajar jangan membelanjakan
wang syarikat seperti wang kita sendiri maksudnya kita sendiri menentukan gaji
kita misalnya RM10,000 sebulan . Selebihnya , disimpan di dalam akaun syarikat
sebagai modal pusingan dan simpanan kecemasan . Andainya , ‘ profit margin’
sebanyak RM1.00 maka gaji kita RM0.80 sen . Gaji kita RM0.80 sen perlu disimpan
10% atau lebih untuk simpanan seperti insuran dan aset sama ada aset kekal atau
aset cair. Mr.K membeli beberapa buah rumah yang berharga ratusan ribu ringgit
dan membayar semula pinjaman tidak lebih 2 atau 3 tahun . Aset itu kemudian
dijual apabila harganya meningkat tinggi dan terus membeli aset baharu dan
begitulah seterusnya.
Aku
banyak belajar daripada Mr.K tentang pengurusan kewangan syarikat dan baru-baru
ini MR.K membeli sebidang tanah seluas beberapa ekar dan dibayar secara ‘cash’
untuk membela sereban ayam !. Semua ini hanya dalam pengetahuan sendiri kerana
peniaga tulen tidak menunjuk-nunjuk kekayaan kepada umum kerana risikonya
sangat tinggi . Kalau sekarang , peniaga
berlumba-lumba menunjuk kekayaan tetapi hakikatnya ‘dia’ sendiri tahu ‘dia’
kaya ke tak ? Simpanan dibuat di tempat yang boleh ‘membiakkan’ duit .
Timbullah istilah yang kaya bertambah kaya . Bukan kaya kerana mencuri tetapi
wang yang dilaburkan ditempat yang betul . #PELAJARAN KEDUA BELAS : Bejimat
sebelum habis .
Beberapa
kali , kawan-kawan aku mengajak menyertai pelbagai skim pelaburan seperti
pelaburan bela cacing , bela kambing dan macam-macam nama pelaburan yang ‘super
duper’. Aku terpaksa menolak dengan baik ajakan kawan-kawan kerana sikap aku
yang lebih realitistik . Maksudnya , aku tidak mudah mempercayai apa yang aku
dengar atau aku lihat sebaliknya aku akan mengkaji dahulu kesahihan maklumat
yang disampaikan . Kereta mewah ? Itu biasa aku lihat apabila kawan-kawan yang
mengajak aku menyertai ‘team’ mereka dan
kereta mewah itulah modal kempen mereka . Aku nak ‘share’ satu cerita tentang
sepasang suami isteri yang datang ke pusat tuisyen aku .
Pada
mulanya aku menyangka mereka hendak mendaftarkan anak mereka tuisyen sebaliknya
mereka yang hendak tuisyen perbualan BM. Aku namakan mereka Mr dan
Mrs. Y . Mereka berdua meminta khidmat aku mengajar mereka cara
menyampaikan ucapan dalam bahasa Melayu . Itu tidak menjadi masalah kerana aku
sememangnya mempunyai pengetahuan dalam bidang komunikasi semasa menuntut di
UPM . Mr.Y memberitahu aku mereka menjual warung mereka yang sudah beroperasi
lebih 20 tahun dan kereta mereka untuk membeli sebuah kereta mewah .
Bermodalkan kereta mewah itulah mereka menjual produk mereka sendiri dan
agen-agen mereka terdiri daripada semua bangsa. Sebagai ‘faunder’ mereka perlu
berucap dalam perjumpaan dengan agen atau ‘new members’.
Aku
dibayar upah ratusan ringgit sejam untuk
mengajar mereka seminggu dua kali . Ini namanya pelaburan biznes.
Setelah berpuas hati , mereka mengajak aku menjadi jurucakap syarikat mereka
dan aku tidak memberikan sebarang kata putus walaupun ‘offer’ sangat lumayan .
Aku dijanjikan bayaran ribuan ringgit
sejam untuk menyampaikan info produk syarikat . Kalau 7 hari bermakna
gaji aku puluh ribu ringgit seminggu ! . Setelah membaca item dan kandungan
produk , timbul keraguan kerana beberapa sebab . Satu daripadanya produk tiada
logo ‘HALAL ‘ . Secara prinsipnya aku menolak 'offer' itu memandangkan produk
tersebut mempunyai unsur syubhah dari sudut syarak # PELAJARAN KETIGA BELAS :
Wang boleh dicari tapi prinsip jangan
digadai.
(sambung
nanti ….. )
Sebuah
catatan pengalaman..."THE REAL BIZNES"
'Best'
tak berniaga ?. Kalau sanggup menjadi kuli kamu akan berjaya tetapi kalau kamu
menganggap diri kamu boss maka kamu
tidak akan pergi jauh . Perniagaan yang mula-mula aku ceburi ialah menjual
peralatan mesin pejabat. Aku sendiri menghantar 'quotation' dan berjumpa dengan
bermacam-macam manusia dari pekerja bawahan hinggalah ahli politik untuk
mencari sesuap rezeki.
Bukanlah
semudah mana untuk mendapatkan 'sale' tetapi aku mendapat banyak pengalaman
daripada Mr.K. Dialah mentor yang mengajar aku selok-belok berniaga meskipun
pada masa yang sama aku bekerja 'part time' dengan Mr.K , dia tidak lokek
mengajar aku skil 'deal' dengan 'customer' .
Dalam
masa tak sampai 5 minit , 'sale close' . Apakah ilmunya ? #PELAJARAN PERTAMA :
Kalah dahulu menang kemudian . Biar kita rugi sedikit dahulu tetapi 'customer'
akan membayar kita selagi mana perniagaan itu masih wujud. Hasil didikan Mr.K ,
aku berjaya menjual lebih 40 unit mesin fotostat sekitar tahun 90-an .
Akhirnya
, Mr.K menyuruh aku membuka syarikat sendiri dinamakan EDARAN OFFICE EQUIPMENT
(E.O.E) . Aku akan membeli mesin fotostat daripada Mr.K manakala Mr.K
menyediakan 'maintenance service' dan 'supply spare part ' . Semua pelanggan
ditawarkan kontrak servis selama 5 tahun. Kebiasaannya , model baru akan
bertukar dalam masa 2 tahun dan 'customer' akan menggantikan mesin lama dengan
yang baru begitu juga kontrak baru . Antara aku dan Mr K , 'win win situation'
.
Aku
mula melangkah lebih jauh iaitu membekalkan peralatan mesin pejabat . Dari
pejabat daerah sehingga pejabat setiausaha kerajaan negeri (SUK) aku menjadi
pembekal mesin pejabat . Aku yang mengangkat mesin , mendapatkan tanda tangan
Local Order (LO) untuk pembekalan dari pejabat Ahli Dewan Undangan (ADUN) dan
pejabat Ahli Parlimen (MP). Soalan familiar 'customer'yang aku jumpa ?
"Mana
boss kamu tak pernah jumpa ?"
"Boss
busy . Saya kuli " .
"Lain
kali suruh boss datang jumpa saya ," kata Ahli Parlimen . #PELAJARAN
KEDUA: Jangan sesekali mengaku kamulah boss kerana kelak kamu akan susah
menetapkan harga . Tiada 'customer' yang hendak membayar lebih kalau harga
boleh tawar-menawar 'direct' dengan boss !
Rezeki
tidak salah alamat . Dengan tidak disangka-sangka , aku mendapat 'offer'
membekalkan baju t-shirt kepada sebuah agensi kerajaan pusat. Kelam kabut juga
kerana aku sendiri tiada pengalaman mencetak dan membekalkan pakaian . Namun , atas pertolongan
seorang kawan yang menawarkan diri untuk menolong aku dipertemukan dengan
pengilang pakaian . Sebanyak 5,000 helai t-shirt perlu dibekalkan dan
pembekalan berlaku 2 - 3 kali sehinggalah aku tidak lagi menerima 'order' .
Hasil risikan daripada kakitangan dalaman , kawanku dan pengilang pakaian telah
sailang aku di tengah jalan . #PELAJARAN KETIGA : Jangan percaya sepenuh hati
kepada kawan .
Perniagaan
E.0.E. akhirnya 'terkubur' kerana aku mengambil keputusan untuk 'mengundur '
diri . Kenapa ? Duit panas . Bukan satu proposal di atas meja pejabat atau
agensi . Semua itu berbayar . Walaupun tidak banyak dan tidak sampai ribuan
ringgit tetapi 'profit' keuntungan semakin kecil . Ditambah pula , tempoh masa
mendapatkan bayaran mengambil masa 3 bulan atau lebih. Malah aku sendiri
terpaksa mengadap dan merayu pegawai Jabatan Akauntan supaya dipercepatkan
bayaran LO memandangkan modal pusingan semakin mengecil . Akhirnya, hendak tak
hendak terpaksa aku 'kuburkan' E.O.E buat selama-lamanya demi memelihara
keberkatan rezeki . #PELAJARAN KEEMPAT: Jangan terlibat dengan bisnes 'under
table' kerana duit tidak akan pernah cukup !
Aku
tidak menghadapi masalah untuk membekalkan apa-apa pun barangan untuk
dibekalkan kepada 'customer'. Pengilang dan pembekal sentiasa memberikan aku
kredit bayaran dalam tempoh yang tertentu . Bayaran hanya dibuat setelah aku
menerima bayaran daripada 'customer' dan dibayar kepada pengilang atau pembekal
. Hanya satu panggilan , 'order' akan sampai di pintu 'customer' tanpa bimbang
kena sailang kerana mereka bukan sebangsa aku . Mereka juga hendak berniaga
lama seperti aku . #PELAJARAN KELIMA : Bina kepercayaan nescaya perniagaan akan
bertahan lama !
(Cukuplah
setakat hari ini , esok sambung lagi ..the real biznes ..)
Comments
Post a Comment